Penganjur saya;

Aku bukan penulis novel. Aku juga bukan penulis karya. Tetapi, aku adalah AKU! Semuanya aku coretkan mengikut hasil situasi.

Twit twit!

Album Instagram

Instagram

Subscribe

Kahwin muda




Lama sangat sangat dah rasanya tak update blog ni. Hmmm. Dah bersarang labah labah dah. Bersakarrr! 

Btw, harini, tercetus satu idea, ntah dari ceruk mana datangnya persoalan tentang perkahwinan. Perkahwinan ni satu perkara yang menarik. Bukan menarik je, malah bagi beribu manfaat. Selain terhindar dari dosa maksiat dan lain lain, kahwin ni satu perkara yang serius.

Tapi, ada banyak pandangan tentang perkahwinan. Ada yang kata, kalau takde duit, mana boleh kahwin. "Nak bagi anak bini makan, pakai ape?" Tapi menurut islam, nak kaya, kahwin. Mungkin bukan kaya dengan wang ringgit tapi perkahwinan dapat kayakan kita dengan kasih sayang, ikatan kekeluargaan, kebahagiaan, ketenangan dan lain lain. Jangan hanya dipandang pada harta kekayaan. Tak kemana pun. Rezeki sentiasa ada cuma kita yang perlu berdoa dan berusaha untuk mencari rezeki. :)

Tapi, rakyat moden, apa lagi yang dipandang kalau bukan harta? Nak kahwin sampai berpuluh ribuan ringgit nak kene spend. OMAKKAI! Mahal tu. Tinggi sangat nilai maruah dirinya sampai berpuluh ribu, berpuluh juta ye? ;)

Memanglah maruah tu tinggi nilainya tapi jangan diukur dengan wang ringgit. Ada sesetengah rakyat, bila wang hantaran murah, mula mengata. Kenapa? Sebab wang?? Alahai. Sedih. Memang patutlah anak teruna sekarang takut nak kahwin awal gara gara wang hantaran. Murah diperkata belakang. Mahal diperkata membeli dan sebagainya. 

Kenapa perlu fikirkan soal wang? Sedangkan pernikahan itu suatu perkara yang memberi keindahan?? Disebabkan ramai ibu bapa yang melarang anak mereka bernikah pada usia muda, kes kes penzinaan, anak diluar nikah, kes pemerkosaan, dan lain lain meningkat. Jadi kenapa ibu bapa masih memikirkan soal wang apabila nak melangsungkan pernikahan anak mereka? Sedangkan Islam itu tak mensulitkan umatnya. 

Fikiran negatif dan tanggapan orang lain yang sering menjadi punca anak muda kini lebih lewat bernikah berbanding zaman dahulu. Selain itu, ada jugak yang beranggapan usia 20 keatas masih muda. Memang muda tapi perlu diingatkan, umur lingkungan remaja ni laa nafsu remaja pon tinggi. Jangan dijadikan alasan bila nak bernikah, "awak tu muda lagi", "awak tu belajar pon ntah kemana", "awak mana ada duit nak jaga anak dara orang", "awak masak pon tak tahu", " awak tu pemalas, macam mana nak kahwin?"






Percayalah, bila dah bergelar suami atau isteri orang, pihak berkenaan kenalah sedar tanggungjawab masing masing. Ibu bapa pula bertanggungjawab untuk nasihatkan anak anak agar mereka tak lupa tanggungjawab dan peranan mereka selepas berkahwin. Jangan pula ibu bapa yang menjadi batu api untuk memisahkan mereka. 

Nak kata tentang takut nak bagi kawin awal sebab takut anak tak cukup makan? Duit lagi la ni isu diekan?? Rezeki itu datangnya dari Allah S.W.T. Kalau pernikahan itu berlaku kerana Allah, kerana nak menghindar dari berlakunya zina, atau pun apa apa sahaja sebab lain yang membawa kepada kebaikan, apa salahnya? Rezeki itu Allah yang turunkan, yang kurniakan kepada kita. Usaha dan tawakkal adalah kuncinya. :D

"TAK BOLEH KAHWIN SEKARANG, KAMU TAK HABIS BELAJAR LAGI!" 

Siapa kata tak boleh? Tak pernah rasa lagikan macam mana bahagianya bila kahwin, sambil belajar?? Ibu bapa tak tahu macam mana nikmatnya perkahwinan tu walaupun masih belajar. Kalau sekarang kita lihat banyak tersebar dalam media tentang pasangan yang dah bernikah, graduate bersama. :D

Ada yang isteri masih belajar, suami kerja, belajar tetap belajar, masih bahagia. Bila kita tak merasa situasi demikian jadi kita tak tahu keadaan asalnya. Simple. :)





Jadi, fikirkan kembali. :D 

XOXO-MissJackfruit

Duka Merdeka. Al-Fatihah pada yang berkenaan.



Hai readers. Dugaan demi dugaan tiba macam tak henti je sem ni. Baru je update pasal merdeka semalam, harini update lagi. Kalau semalam update kosong, harini aku update sejarah dalam hidup aku. Orang lain merdeka, happy happy. 


Ada yang pergi countdown, ade yang berdatim datim merata, senang cerita, semua orang ade aktiviti merdeka masing masing.


Tapi aku? :'(


Dalam keadaan yang tak sihat pada awalnya, cuma selsema. Pening kepala. Sokset sokset setiap masa. Tisu tak lari dari hidung ni haaa. Melekat saje. Lelap je mata, kepala jadi berat. Tapi Alhamdulillah masih boleh bangun, keluar makan, dan lain lain. 


Unfortunately, petang sebelum kejadian, aku dah rebah kat tilam, tak boleh bangun, rasa nak marah, semua ada. Aku try pejamkan mata tapi tak boleh.


Tak lama lepas tu, aku terima panggilan dari mama. "Cha, atok dah takde. Ma nak balik kampung ni. Cha tak payah balik laa ye. Tak sempat. Penang dengan Melaka bukan dekat. Esok atok dikebumikan. Cha jangan lupa jaga diri, tak nak makan ubat, beli coolfever dengan 100plus okay. Ma nak gerak lepas Maghrib. Ape ape nanti ma bagitahu"



31 OGOS 2013


Aku tergamam, yang jatuh kebumi cuma air mata. Teresak esak aku menahan. Aku nak balik tapi aku tahu, tak sempat. Dugaan! Sumpah dugaan. Aku nak balik tapi sebab jarak terlalu jauh, aku tak boleh balik melawat jenazah atok aku sendiri. 


Aku cuma bole menangis seharian. Menangis menangis dan terus menangis sampai aku tertidur semula. Bila aku celikkan mata, aku tak boleh bangun, kepala makin berat, makin sakit. Aku cuma boleh menangis sorang sorang. Terasa sunyi saat saat macam ni, ketara sangat. 


Berita menggemparkan datang dalam hidup aku, atok telahpun kembali menghadap Ilah pada 31 OGOS 2013. Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia. 


Pemergian atok memang bagi kesan pada aku walaupun orang lain pandang remeh. "Alaaa. Atok je pun" Tapi, dengan atok, dengan nenek laa yang kita lebih manja. Aku tak tahu laa kalau life orang lain tak happy ade atok atau nenek tapi aku ade atok, ade nenek yang manjakan aku.

Kalau ikotkan hati, aku nak jugak gerak balik Johor terus. Tapi dengan duit takde, demam teruk, aku nak ke stesen bas naik ape pun tak tahu. Aku dah takde ramai kawan macam dulu. Kawan yang boleh tolong aku pun Maria je. Itu pun balik kampung. Yelaa. Cuti, duduk rumah sewa bukan ade ape. Die pun ade keluarga nak kena jaga. 

Kalau aku ada duit, kalau aku ade kenderaan, aku sakit macam mana pun, aku tetap nak balik. Tapi dengan hujan lebat, kenderaan takde, ape pun tak boleh. Kawan kawan lelaki pun dah tak rapat dengan aku, segan batak aku nak mintak tolong. :'(

Hmmm. Dunia selalu buat aku rasa terdesak dengan hidup aku. Tapi dunia ni jugaklah yang banyak ajar aku banyak perkara yang aku tak tahu. 


Aku tak boleh terima pada awalnya. Aku tak boleh nak buat ape pun selain menangis. 


Ape pun, dalam blog ni, aku ucapkan takziah buat Badrul Amin yang turut kehilangan ayah pada tarikh yang sama. Aku akui, kehilangan ibu bapa lebih berat. Aku hope, Amin tabah mengharungi hidup. Aku doakan Amin akan sentiasa kuat dalam hidup yang banyak dugaan. Baru kehilangan kereta kesayangan, selang beberapa hari, kehilangan orang yang tersayang. 


Mr. Badrul Amin, be strong! 


Kawan kawan yang baca, mohon pinjamkan beberapa minit untuk sedekahkan Al-Fatihah buat atok saya, dan ayah Badrul Amin. 


Al-Fatihah. 


XOXO-MissJackfruit :'(

Smokers. Awak buat seseorang menangis. Maybe.



Hai sumeee. Smokers. Aku yakin ramai yang smoking. Kalau tak smoking pun mesti orang yang korang sayang smoking. Aku yakin, ramai yang ada BF smoking. Ada yang suka. Ada yang tak suka. Certain perempuan suka lelaki smoking sebab macho katanya. -_-'' 

Tapi, kalau aku... Aku tak minat sangat. Kalau aku kenal someone smoking, aku hope sangat dia stop. Kalau betul betul sayang, aku percaya dia mampu berhenti smoking. Lelaki... Ego jatuh bila dia betul betul sayangkan seorang perempuan. Ape pun sanggup katanya. =3

So, kalau betul laa ape pun sanggup, why don't you stop smoking? Kalau perempuan yang betul betul kau sayang, nak sangat kau stop, ape salahnya kau try your best untuk stop? Tak salah kot... At least, kau usaha. ^_^

Kalau aku sayang seseorang, dia pulak merokok, aku nak sangat tengok dia berhenti. Nak sangat tengok kesungguhan dia untuk berhenti. Aku tahu, itu bukan perkara mudah tapi kesungguhan kau buat sesuatu akan buat kau rasa, "stop smoking tu taklah susah mana" kan? 

Sayanggg... Aku happy kalau kau yang aku sayang, stop smoking. Stop make bullshit bad things. Buat apa habiskan duit pada rokok? Kita bukan orang kaya kaya, bakar duit macam tu je. Kalau kau kaya sangat sampai tak tahu nak buat apa dengan duit kau, apa kata kau dermakan kat masjid ke, tak pun kau pergi tengok wayang ke, bukak bisnes ke, karoke ke, eh! Kaya sangat, pergi melancong. 

Kau habiskan duit pada rokok, kau sedut asap, kau hembus asap, kau berasap saje. Asap asap. Aku selalu marah orang smoking dekat dengan aku sebab selera makan aku pun hilang bila bau asap rokok tu, tapi lelaki smoking jugaklah yang selalu aku jumpa. Tapi, bukan senang nak buat diorang stop. Serious shit aku cakap. Makan masa lama tapi ada jugak certain yang aku pernah kenal dulu, yang mana aku still kawan, dah stop 100% gara gara taknak aku bising, popet popet pastu taknak kawan dah. Terharu gile kayy! :P

TQ so much! But, yang paling penting...




Aku tak kisah orang nak kata aku playgirl. Orang nak kata aku ape pun, katalah tapi trust me on one thing. Aku nak kawin sekali je. Aku taknak jadi janda. Aku taknak kawin banyak kali. Please laaa. Faham. Kalau kau lambat berhenti, makin cepatlah kau mati. Kot... :'(

Memanglah aku bukan tuhan. Aku tak tahu ajal kau datang bila, aku tak tahu apa punca kau mati tapi at least, kau dah eak satu punca kematian. Kau sanggup ke tengok anak kau jadi anak yatim masa dia masih perlukan kau? Sanggup ke tengok bini kau kawin lain?? Even kau dah mati, kau tak nampak lagi, maybe. Tapi kau fikirlah. Tergamak aeh kau nak tinggal bini anak kau tu sume terkontang kanting hidup tanpa kau?? 

Serious cakap, aku taknak kawin dengan orang yang nak bunuh diri dia awal awal weyyy. Kalau kau lebih sayang rokok kau daripada aku, baik kau tinggal aku. Jangan cari aku. Kawin jela dengan rokok kau. Nanti kau mati, aku tanam kau dengan abu rokok. Amacam? Comelkan ^_^

Aku takde niat nak guris hati sesiapa. Ini cuma perkongsian. Share something yang ramai perempuan nak lelaki tahu tapi takut nak bagitahu sebab lelaki memang akan menangkan rokok daripada hati perempuan yang konon konon die sayang tu. 

Chill je bila baca. Take it positive. TQ. 

XOXO-MissJackfruit :)

Jangan sesekali lupa TIGA JENIS...





Hello readers sekalian. Jangan sesekali lupa TIGA JENIS manusia dalam hidup kita. Yes! Tiga jenis. Tak banyak mana pun tapi banyaklah jugak memandangkan ianya lebih daripada satu. Kan? :)

So, apa yang tiga jenisnyakan? 

  • siapa yang membantu kita bila kita susah.
  • siapa yang tinggalkan kita bila kita susah.
  • siapa yang bagi kita susah.

Siapa yang bantu kita bila kita susah? Biasanya kawan kawan yang selalu ade dengan kita. Ambil berat tentang kita. Bagi kita semangat. Bagi kita dorongan. Kawan yang tak pernah jemu walaupun kita ni taklah baik mana. 

Siapa pulak yang selalu tinggalkan kita bila kita susah? Kawan jugak. Tapi kebiasaannya kawan yang bila susah cari kita, bila senang, dia pergi pada orang lain. Oww. Tak rasa seperti diperguna pakaikan ke? Hahahaa. *ayat apelah aku guna tadi. :P

Siapa yang selalu bagi kita susah? Pon kawan jugak. Kawan yang selalu jebak kita dalam macam macam jenis masalah dia. Kita dah tolong tapi dia masih cari lubang masalah yang sama. Itu kawan yang bingai namenye. *erti kata lain,"bodoh".

Memang semuanya akan melibatkan kawan. Takkan parents pulak yang menyusahkan & bagi masalah pada kitakan? Tak mungkinlah family kita nak jebak kita dalam benda yang akan mengundang kita pada sesuatu yang susah. 

Hmmm. Dalam dunia ni ada bermacam macam jenis manusia. Kita jumpa yang pelik pelik pun ade. Nak nak macam orang yang suka susahkan kita dengan masalah dia. Memang hidup ni perlu berbakti tapi kadang kala tak perlu berbakti pada manusia tolol yang tak tahu nak memperbetulkan kesilapan diri. 

Kawan. Hahahaa. Kadang kadang aku tergelak sorang sorang bila fikir tentang kawan. Ada yang baik, ada yang biasa biasa, ade yang macam tak berapa nak baik sikit. Bila kita merantau tempat orang, kita akan jumpa lagi ramai kawan. Macam macam keturunan, jenis, macam macam ragam. :D

Bila kat rumah, aku happy sangat sebab aku ada kawan yang baik. Aku terharu dengan sahabat yang aku ada. Even tak selalu jumpa tapi aku dapat rasakan, mereka semua nak yang terbaik untuk satu sama lain. Marah sangat kalau aku tak bagitahu yang aku ada di rumah. 

Berbeza dengan kawan kawan di perantauan. Aku ada lebih ramai dari kampung halaman tapi tak semuanya menceriakan & mengindahkan perjalanan cerita hidup aku. Aku happy ada ramai kawan tapi dalam masa yang sama, ada celahan daripada mereka bukanlah kawan sebenar. Siapa? 

Aku pun tak tahu siapa kawan, siapa lawan tapi aku selalu nampak kejadian kawan makan kawan. Harini, kau cerita rahsia kau pada dia, esok lusa kau gaduh dengan dia, dia akan cerita pada kawan baru dia. Busuknya mulut orang macam tu. ^_^

Kenapa perlu bukak pekong orang yang pernah jadi kawan kau? Tak rasa malu ke?? Kau seronok cerita pekong orang sedangkan orang yang mendengar sedang mentertawakan kau di atas kebodohan diri kau ada kawan yang buruk & kebodohan kau sebab tak pandai simpan rahsia. 

Kita selalu lupa kebaikkan seseorang sebab dia pernah buat jahat sekali pada kita. Kita takkan nampak baik die lagi. Mungkin kau ada kawan yang memang mulut tak tahu jaga. Tapi, untuk pengetahuan kau, kau & kau, lebih baik ada kawan mulot laser daripada kawan yang pura pura baik walhal blakang kau, bukan main bangkai lagi cerita pasal kau. 

Sekurang kurangnya, semua orang kena tahu, orang yang mulot celupar, kata katanya lebih jujur dari orang yang diam & senyum je depan korang. Itu fakta yang aku dah teliti. Tak semua yang diam, ketawa dengan kita, depan kita bukan main jaga hati, blakang kita pun macam tu. Tapi, bila orang celupar bukak mulut, kata kata dia tu jujur, walaupun buat kau malu, tapi ape yang memalukan tu la kau takkan ulang lagi silap yang sama. ;)

Sebab tu aku respect kawan kawan yang mulut celupar. Aku bangga aku ada ramai kawan yang mulot celupar daripada bajet baik. Pernah tak korang terfikir, kenapa ramai orang tak suka orang yang mulut celupar? Aku ada jawapannya walaupun aku tak tahu pendapat korang dengan aku, sama atau tak. 

Pada pendapat aku, orang ramai benci kawan yang mulut celupar sebab mereka tak boleh terima kenyataan bila orang cakap benda buruk pasal dia. Mana ada manusia suka kena kondem. Mana ada manusia sanggup dengar diri dia dikutok. Tapi percayalah cakap aku, andaikata kau dapat dengar apa yang orang cerita blakang pasal kau, kau mesti lagi sakit hati berbanding dengan orang yang mulut celupar sangat pergi cerita depan korang. 

So, for me... Aku tak heran kalau aku kurang kawan asalkan aku takde kawan yang PURA PURA bahagia depan aku, sedangkan belakang aku dialah mulut bangkai yang aku cari. :D

Biar aku tak ramai kawan dari ramai kawan tapi muka talam. Sanggup jaga hati orang lain berbanding kawan sendiri. Sanggup tengok kawan sendiri menangis daripada lapkan air matanya. Sanggup tikam kawan sendiri. Aku tak kisah hilang kawan yang busuk, berulat, daripada hati aku sakit di tikam oleh kawan yang sanggup makan kawan.

Bila kita ingat TIGA JENIS manusia dalam hidup kita, barulah kita tahu, siapa kawan, siapa lawan & siapa kawan makan kawan. \(^,^)/ Yeayyy!

:') XOXO-MissJackfruit

# Baru kita jumpa siapa kawan, siapa lawan, siapa kawan makan kawan 

Ada dua sebab yang buat kita kecewa.



Hai. Apa khabar semua? Hope semua sihat sihat jela. Ntah kenapa pagi pagi macam ni, terdetik sesuatu dalam fikiran. Nak menangis, dah tak mampu. Nak cerita pada seseorang, kalau boleh mintak dijauhkan. Biarlah Allah je yang tahu...

Tapi seriously, topik harini bukan Cha sorang je yang pernah alami tapi Cha yakin, ramai lagi follower & pembaca yang akan atau telahpun alami. But trust me, sakit bila kecewa tu memang susah nak digambarkan lebih lebih lagi bila kita kecewa dengan orang yang paaaaaling kite sayang & hope he's the one who will marry us. 

But, Cha percaya pada ketentuan Ilahi. Dia akan bagi yang terbaik pada Cha. In shaa allah.



Dua sebab yang buat kita kecewa. Pertama, kita terlalu ambil berat tentang dia. 

Definitely kite akan ambil berat sebab kita sayang. Am I right? Tapi, baru harini Cha sedar...bila kita terlalu ambil berat & sometimes rasa kita diabaikan sedangkan kita orang yang paling tertunggu tunggu khabar dari dia. 

I mean, bila tengah rancak texting, tetibe senyap, I am wondering. "What's happen to him?" Bukan nak fikir negatif tentang dia. Tak terfikir pun nak kata dia curang, apetah lagi buat perkara yang tak sepatutnya. Cuma kite akan risau bila tengah seronok texting, tetibe hilang, call tak angkat, takut something bad happen. Tu je. Taknak laa jadi orang terakhir yang tahu. 

At least, bagitahu laa kalau busy. Might be something laa yang boleh buat U stop skejap, tell me then continue balik. Kenapa untuk kawan kawan, U akan do anything for them but for me, tak macam tu pun. I tak mintak pun U hadap I 24/7. I just nak U bagitahu. 

Kadang kadang, sehari dua tiga mesej pun, Cha bersyukur. At least ade jugak. Even hati ni marah, bosan, rasa nak jerit kekuat pasal U tapi I still boleh waraskan otak I. Just fikir positif. Awak busy, awak banyak keje nak buat, banyak tanggungjawap. Isoke laa. 

Tapi Cha sedih, lelaki memang berbeza sikapnya. Ada yang terlalu caring sampai kita pulak yang tak tentu arah. Mana nak handle kerja, mana nak bagitahu dia but bersyukur if dia mampu faham sebab perempuan memang akan cari even sikit masa utk bagitahu anything happen. 

Tapi Cha rasa, lelaki jarang macam tu. Ada tapi maybe segelintir. So, kepada lelaki yang rasa dia sanggup luangkan masa utk orang tersayang hanya kerana nak menjaga hati mereka, bersyukur pada diri kamu sendiri & rasa bertuah sebab ada naluri yang begitu kuat mengenai hati perempuan yang cepat tersentuh.

Sometimes Cha jeles jugak tengok pasangan lain yang always ade somebody beside them. Ape ape berlaku, terus bagitahu, terus ade tempat mengadu, tak payah tunggu tunggu. Congrats to them & hope semuanya berakhir ke jinjang pelamin & kekal hingga ke akhir hayat. In shaa allah. :')

One more thing, bila dia jarang ambil tau tentang kita. What's going on? Ape berlaku pada kita, apa yang kita buat blakang die, everything, dia tak tau. WHY?! Because dia sendiri taknak ambil tahu. Nak harap perempuan bagitahu? Memang taklah semua benda die nak cerita sebab orang tak tanya, kenapa nak cerita. Maybe laa kan? 

Tapi ade certain perempuan yang nak dimanja. Nak somebody always beside them. Bukan sekadar cakap, "awak, saya sentiasa ada di samping awak" TAPI... Hakikatnya tak pun. Bila kita susah, kita call, no answer. Bila kite sedih, kita text, no reply. Itu ke yang lelaki maksudkan, "i am always there for you" ? 

Sentiasa bersama saya ketika awak susah, awak sedih, awak duka, yes! That's totally true laa kalau lelaki kata, "saya sentiasa ada untuk awak". Maybe itu maksud lelaki agaknye. Urghhh! Mengecewakan...lelaki akan sentiasa ada dengan kita bila dia susah, sedih, duka, macam tu ke? Itu ke maksud die??

Die sentiasa ada kite bila die susah tapi bila kite yang susah, belum tentu lagi die sedang bersama kita, kongsi kekecewaan tu.

Lelaki, fahamilah kami. Walaupun seketika. Kami tak mintak harta berjuta, kami cuma nak kasih sayang yang sentiasa ada untuk kami. Sibuk macam mana pun, carilah waktu agar boleh bersama. Bukan nak apa apa material pun. Cuma nak perhatian.

Kenapa perempuan disalahkan bila curang? Sedangkan kadang kala, mereka rasa sunyi walaupun dah berpunya. Cha rasa, pasangan yang ada harini, lebih baik sit & talk. Bincangkan apa sebenarnya masalah hubungan tapi at the same time, dua dua dimohon agar berfikiran terbuka untuk terima apa sahaja luahan hati si kasih. :')

Berubah kepada yang lebih baik. Itu bukan sesuatu yang merugikan. Tapi mana tahu akan memanjangkan lagi jodoh antara kalian. Tak salah kalau dua dua bagi peluang kepada diri untuk berubah jadi yang terbaik demi hubungan bersama. Bukan nak riak atau takbur bila mampu buat sesuatu tapi ikhlaslah bila kita betul betul sayang. Jangan dipohon pembalasan. 

Hmmm. Cha coretkan sedikit luahan hati. Yang tak terjangkau pada lidah untuk menceritakan hal sebenar yang menjadi punca lebih banyak pasangan menjadi retak. 

:') XOXO-MissJackfruit


Bila dara jadi isu...




Dara? Penting sangat ke dara pada lelaki?? Ye. Bagi lelaki dara memang penting. Dara tu kadang kala jadi kes sensitif buat segelintir lelaki. Tapi sesetengah lelaki yang tahu tentang ketidak adaan dara pada seseorang perempuan, dia lagi suka. Kenapa? 

Sebab dia boleh jadikan perempuan tu makanan dia. Ish ish ish! Tak patut. Tak patut. :\

By the way, harini Cha nak share sikit pendapat je pada semua. Bukan nak berpihak pada sesiapa. Cuma nak majoriti lelaki & perempuan sama sama berfikir sejenak.

Zaman sekarang ni kalau nak cerita pasal perempuan jahil memang banyak, ramai sangat. Masa muda tak fikir panjang. Terlalu ikut perasaan sayang & cinta monyet. Tapi, tak semua perempuan serahkan suka suka hati. Ade certain yang dirogol, yang di paksa, yang terpaksa. Kita tak tahu. Wallahualam.

Tapi bila si perempuan pernah jahil, pernah berzina, terlanjur dengan mana mana lelaki, di rogol atau ape kemungkinan yang menyebabkan si perempuan kehilangan dara sebelum berkahwin, bila nak mendirikan rumah tangga, on first night, suami dapat tahu, memang kebanyakkannya akan marah. Mostly memang akan bergaduh. 

Lelaki akan mula keluarkan perkataan perkataan yang menyinggung hati & perasaan si isteri bagi menunjukkan kesalahan si isteri padahal si isteri telah pun bertaubat & ingin memulakan langkah baru. 

"Kau dah tak suci! Aku bukan lelaki pertama yang menyentuh kau!! Ntah dari bekas siapa aku kutip kau untuk dijadikan isteri!!!"

Wahai lelaki, wahai bakal suami & wahai suami sekalian, "dara" sahajakah yang menjadi matlamat didalam rumah tangga & perkahwinan kalian? "Dara" sahajakah yang menjadi santapan kamu untuk bahagia? Tubuh badan si isteri & "dara" sahajakah objektif perkahwinan kamu?

Lelaki, bakal suami & suami sekalian, sedar tak kalian, nikmat pertama perkahwinan itu bukan sekadar dara, tubuh badan & nafsu semata mata?

Nikmat pertama perkahwinan itu ketika si isteri menjaga kebajikan kalian sebagai suami. Menjaga kalian ketika sihat, sakit, makan, minum & pakaian dijaga. Teratur kehidupan...

Nikmat pertama perkahwinan juga isteri berikan apabila kalian di khabarkan akan mempunyai cahaya mata, isteri melahirkan anak, membesarkan anak bersama sama kalian.

Nikmat pertama perkahwinan juga apabila isteri meninggalkan keluarga kerana ingin hidup bersama kalian wahai si suami, tinggal sebumbung, makan semeja setiap hari, tidur sebantal & ketaatan seorang isteri kepada kamu menjadi nikmat perkahwinan.

Seorang isteri tak mungkin melakukan hal demikian dengan lelaki lain, tak akan dijaganya kebajikan lelaki yang bukan suaminya, takkan dijaga & dirawat pagi, petang, siang & malam bagi lelaki yang bukan suaminya, & tak ada orang lain yang dapat layanan seperti itu selain kamu wahai suami!

Bersyukurlah kerana isteri telah berkorban buat pertama kali dalam hidupnya demi seorang suami yang benar benar dia cintai kerana dapat menerima dirinya, menerima kekurangannya & sanggup menjalani kehidupan bersamanya.

Dan kepada perempuan, bersyukurlah sekiranya memiliki suami yang dapat menerima buruk baik dirimu. Bersyukur kerana memiliki suami yang bersyukur dengan kehadiranmu & redha dengan kekurangannmu. Taati perintah suami kerana bagaimanapun suami kamu, syurga seorang isteri tetap terletak di bawah telapak kaki seorang suami.

:) XOXO-MissJackfruit

Bila lelaki benar benar cinta...




Menyayat hati. Tragis sungguh! Huhhh. :(

Bila kita sayangkan seseorang tapi orang sikit pun tak hargai kita. Yes! I admit, Cha nampak keadaan sekeliling Cha. Bila hensem, ramai nak. Kalau kaya lagi ramai nak. But, if he just a guy that have nothing except his girlfriend, you are nothing!

Cha tahu, rupa paras tu buat ramai tergila gila sebab bestlah...nanti bole show off kat fesbuk, twitter, instagram. Am i right? But, yang hensem tu ramai rebutan. Pesaing kamu bukan takde, tapi bersepah! #OUCH!TAKE NOTE Haaaa. -_-'''

That's about face & good looking. How about wealthy? Kekayaan gitewww. Hey aweks aweks, bila kekasih yang kamu sayangi & cintai itu adalah seorang yang kaya, tak terfikir ke, tak mustahil dia mampu beli cinta perempuan lain dengan mudah seperti mana dia membeli cinta kamu? :)

Think about it. Well. It's so hard to tell you. Cha perhatikan, bila hensem je, dahi licin, pipi merah merah, rambot ala ala Kpop, badan aum...wah... Terbeliak ye bijik mate nengoknye? HAHA! Tapi ingat, yang terbeliak bijik mate tu bukan kamu seorang je. Orang Malaysia ni ramai, haaa. Teddia aih! Memang ramai lagi yang akan terbeliak bijik mate. 

First! "Kau takde kereta, tak payah mimpi nak usha aku" Whoaaaa. Ape tu? Err. Materialistik kecane? Ade yang kata, "aku bukan taknak naik moto, tapi moto ni nanti terpeloklah, pastu mesti dei sesaje main brek. Naik kereta mane bole pelok. Die kene pegang stereng kereta je" 

HAHA. Hui hui~ Naik moto pelok, naik kerete tak pelok tapi kalau dah kene selok dalam kereta, siapa nak tolong kau? Even moto tu kadang kala terpelok ke hape, yelaaa. At least, takde sampai nak menyelok atas motokan? Kereta, orang just nampak muka, badan sikit. Yang bawah bawah orang tak nampak cek kak oi. :D

***Ape pun, jom bace dulu kisah bawah ni... 

BF : hai sayanggg. :)

GF : eh! Ape sensayang neyy?

BF : kenape ni sayang? Siapa kat sebelah U neyy??

GF : owww. Kenalkan ini Anuar, my boyfriend. 

BF : sayang! Ape semua neyy? Habes I ni sape?? U jangan buat I macam ni sayang...lagipun dia tukan kawan baik bestfriend U, "Dian"

GF : die jage I dengan baik. Ape I nak semua dapat. Dengan U, I dapat ape? Ape pon takde. 

BF : sayang, hujan hujan I datang rumah U. Jaga U time sakit. U lapar, I belikan U makanan even I rasa tak sihat macam nak mati. U demam, I datang jaga U sampai U sihat. I takde duit, I lapar, U nak baju, I belikan U baju. I lapar pun takpe asalkan I dapat bagi ape U nak. I nak yang terbaik untuk U, I sanggup tahan lapar. 

GF : err. Sape suroh U buat cemtu? I tak suroh pun. Lagipun, I memang dah tak sayang U laaa. I sayang Anuar lebih dari U.

BF : Takpelah sayang. U pergilah kat die. Maybe die yang terbaik untuk U. I tak bencikan U sbb dalam hati I cuma ade U. Maybe bila U menyesal nanti I dah takde lagi dalam dunia ni. Mase tu U jangan nanges cari I tau. I dah cuba jadi yang terbaik utk U. Assalamualaikum.

GF : Okay. Mlekomsalam! 
**2MINGGU KEMUDIAN**
GF di kecewakan. GF keep calling BF tapi tak dapat. One day GF tanye pada kawan BF. 
Kawan BF : ermmm? Asal kau cari die?? Die dah meninggal dunia seminggu yang lalu. Die ade cakap pada aku yang die nak keluar beli cincin untuk kau. Die mintak aku temankan tapi aku sibuk hari tu jadi die pergi sorang. Walaupun die lepaskan kau tapi die nak kau tahu die sayangkan kau. Dia nak jumpa ibu bapa kau tapi tak sempat. Die terburu buru nak jumpa family kau. Dalam perjalanan tu laa, dia kemalangan. Tapi dia ada tinggalkan surat & ini cincin yang die belikan untuk kau.
Kawan BF pun menyerahkan surat & cincin kepada GF. 
#ISI KANDUNGAN SURAT#
** Sayang, I dah belikan cincin untuk meminang U. I mintak maaf sebab selama ni I tak bagitahu U yang I nak jumpa family U. I mintak maaf sebab lambat tp I nak U tahu yang I memang sayang U. I tak benci U pun sayang...

:'( Hmmm. Hargailah dia yang masih bersama kita. Cinta tak di ukur pada kekayaan mahupun rupa tapi pada keikhlasan hati seseorang. Tak semestinya dia tak kaya, dia tak mampu bahagiakan kita. Kesetiaan itu mampu buat cinta bahagia. 

XOXO-MissJackfruit. 

At last! Serabut okay serabut. Grrr!



Salam Manis Semanis Sugarrr! Yeayyy!! At last Cha dapat jugak on blog. Sob sob :') *terharu i uolsss. Lame gile Cha tak boleh bukak blog gara gara lappy rosak. Dijahanamkan oleh hamba Allah. Cha tak tahu macam mana boleh jadi cemtu.

Hari tu final exam, Cha memang study sambil main game. 1 hour study, 2 hour gaming then continue study then game macam tu laaa. Ntah macam mana, Cha off lappy. Bergerak ke final exam kat dewan besar tu kan? Then, balek rumah, dengan harapan nak online. Macam biase laaa. Nak cerita pengalaman jawap exam kononnya. Tengok tengok lappy tak boleh online. Jem! :'(

Ape semua ni. Aduuuu. Rase nak marah dah. Fikir balik ape Cha buat. Ke ade orang selongkar lappy Cha?! Wow!! Malaun mane yang berani buat macam tu haa?? Grrr! Urghhhh~ Sakitnya hati. Then, tetibe housemate cakap, "anak kau sakit" Erk! -_-'''''''''!!!!!!!

Macam mana kau boleh tahu anak aku sakit? Cha diam, terpikir... "die ni slongkar Lappy aku ke? Kepale hotak die laaa. Errrr" Dah tak pasal pasal die kene maki seranah sehari tu sbb Cha syak die laa yg telah menjahanamkan lappy Cha. 

In this case, my lappy was very very sensitif sejak akhir akhir ni coz network die tak tahu laa macam mane bole bersangkut paut dengan benda yang takde kaitan. Sampai membe nak pinjam lappy nak online pon, Cha bagi nasihat memacam, bukan ape... takut tak boleh nak connect network. 

See???!!!!! I have told you! Now dah jahanam. Sape nak bertanggungjawap? Kau? Kau? Kau??? Memang tak laaa. Aku jugak yang kena kelua duit aku, jahanam poket aku. -___-''''''

Errr? Anak tu anak sape?? Anak tu just virtual game jelaa. Ade game main jage jage anak dalam lappy Cha. Tu je. Cha mane ade anak. Kawin pon belom. Kuikui~ Ntah bile nak kawin. Mane ade orang nak kawin dengan Cha. Mulot pon macam puake. Haaa. Kan? Tahu daaa :D

Btw, memang Cha marah tapi fake smile. Bukan sebab Cha memang suka fake tapi fake tu nak tunjuk yang kita kena be matured. Tak payah laa nak serang serang. Kalau dia ade rasa bersalah, dia bertanggungjawap tapi kalau takde rase tanggungjawap tu just hope jangan sampai dah kawin nanti pun jadi perempuan yg tak tahu bertanggungjawap. 

Ade laki, ade anak pun sesepah macam tu je. Yelahhhh. Dah takde tanggungjawap. Memanglah merate ratekan. :P

Fhewww~ Ni pun dapat menaip blog gara gara my dad. TQ ayah! Bagi pinjam lappy. :') 

Dapat jugak Cha main game, online guna lappy ayah. Kalau tak, kayu jelah kat rumah sebab tak tahu nak buat ape. Nak mesej? Mane ade orang nak mesej Cha lagi dah. :'(  

Kenapa??? Erm... Ntah. Just memang takde orang nak mesej. Nak bual? Cha mane ade adik, abang or akak. Errr. Nak buat ape pun tak tahu laaa. Nak keluar? Cha punye kawan semua tak cuti. Ramai busy. Kalau ade pun, yang ajak keluar mesti lelaki. Errr. Takkan nak keluar dengan lelaki? Kang kite keluar nak have fun, orang lain fikir kita ni mianglah, gatal laaaa. Malas malas. 

BTW, maaf ye kengkawan lelaki. Bukan taknak keluar tapi ade sebablah aku tak bole nak keluar dgn uolsssss. Nanti orang kata aku ni melayan jantan pulak. :'( 

Tapi nak buat cemanekan? Aku kenalah akur. Hmmmmmmmmmmmmmmm..... *Mengeluh panjang.

Okay laaa uolssss. Nanti Cha update lagi tau. ^_^ wasalam

XOXO-MissJackfruit.

Apa kisah "When I was your man"?




Hai peeps! Pernah dengar lagu when I was your man by Bruno Mars? Tak pernah?! Hmmm. Ni, lagu tu tengah play kat blog Sha ni. HAHA. Sha tertarik sangat sangat dengar lagu ni. Sha yakin ramai lagi perempuan kat luar sane yang setuju dengan Sha...kan?

U ask me why? Kenapa lagu ni bagi banyak makna pada seorang perempuan?? Nak tahu jawapanlah nikan???

Cuba fahamkan lirik lagunya. Mesti korang tahu kenapa ramai minat lagu ni. Menyentuh hati & perasaan. Itu pun Sha dengar sebab tengah sedih sedih, layan perasaan. Try fahamkan lirik. Kirenye macam nak cari lagu yg faham isi hati Sha laaa. Cewah!

Kalau tak silap Sha laaa, lagu ni tentang seorang lelaki yang tak pernah faham hati kekasihnya. Dia macam pentingkan diri laaa. I mean, ape yang kekasih dia nak, die tak faham. Tapi bila kekasih dia dah jatuh ke tangan orang lain, barulah dia faham apa sebenarnya yang kekasih dia nak sangat selama ni. :')

Nak lebih faham? Cuba baca lirik dia. Sha tak ambil semua kot. Sha ambil yang semua orang boleh & mudah nak faham jelah. :P 


Too young too dumb to realized,
That I should have bought you flowers,
And held your hand,
Should have gave you all my hours,
When I had the chance,
Take you to every party,
Cause all you wanted to do was dance,
Now my baby's dancing,
But she's dancing with another man.


Faham tak ape maksud dia? Maksudnya, mase die bersama dulu dia tak buat semua tu untuk kekasih dia tapi sekarang dia nampak kekasih dia dapat buat semua yang kekasih dia nak tapi bukan dengan dia. Dengan kekasih baru. 

But in that lyrics, at last that guy mintak maaf pada kekasihnya sebab tak pernah sedar tapi dia berharap sangat sangat agar kekasih baru perempuan tu dapat penuhi apa sahaja permintaan perempuan tu. Dia cuma nak perempuan tu bahagia. :')

Tu yang buat Sha suke sangat lagu tu. I have my own reason. :'D

XOXO-MissJakcfruit.

Karma ni untuk mereka mereka yang...



Hai fellow. Siapa yang harini tinggalkan kekasih lama untuk kekasih baru? Satu masa nanti korang akan dapat semula apa yg korang dah buat. Semanis mana pun seorang lelaki pada kita, satu masa nanti, die akan lukakan kite lebih teruk dari ape yg pernah kite buat pada bekas kekasih kite dulu. 

Kalau dulu korang kata die ade orang lain padahal die cuma berkawan, akan datang nanti kekasih baru tu sendiri akan tuduh korang lebih dasyat dari ape yg pernah korang buat. Kalau dulu, kekasih baru berusaha nak dapatkan korang tapi sekarang, kekasih baru tu akan rentap perasaan korang sikit demi sikit. 

Kalau dulu korang selalu marah die buat perkara yg die suka, akan datang, kekasih baru tu akan buat korang lebih dari ape yg korang buat. Sampaikan korang terpaksa mintak sokongan, semangat & dorongan dari orang lain. 

Kalau dulu kau tak percayakan die, kekasih baru nanti takkan percayakan kau langsung. Die akan fikir kau je menipu setiap masa. Bile dah jadi macam tu, lebih baik kau tipu je die terus. Bukan kau dapat ape pun kalau kau cakap bende betul.

Kalau dulu kau mengungkit dengan die, kekasih baru akan ungkit lebih banyak dari ape yang kau buat. Aku nak tolong bagitahu pun penat. Sebab semuanya akan jadi lebih teruk. Percayalah. Die takkan terima bile kau cakap yang die same dengan bekas kekasih kau.

Mase tu, kau tak perlu cakap ape ape, diam & terus kuatkan diri untuk mengalah. Sampai satu masa, kau sendiri akan jatuh tersungkur & masu tu kau akan diam sediam diamnye. Lepas tu, masa tu, kau akan fikir balik mane silap kau dengan bekas kekasih kau sampai kekasih baru kau buat kau sehina rupa. 

Ye. Itu yang pasti akan berlaku. Sebab tu ade sesetengah pihak selalu berkata, jangan cari yang lebih baik bila yang baik ade depan mata. Tak perlu cari yang sempurna tapi kite kene jadikan die seseorang yang akan sempurnakan hidup kita. 

Aku yakin, ramai dah mengalami. Tapi, pada yang belum mengalami, tunggulah bila tiba masanya. Mungkin bukan sebulan dua lepas bersama tapi percayalah, kalau kau mampu bertahan lama bersama kekasih baru, setahun kemudian pun In Shaa Allah kau akan percaya apa yang aku kata. 

Abang, sayang sebenarnyeee...


Heyy peeps! Tengah tengah hujan, sejuk, tetibe terdatang satu kisah dalam kepala. Aku tak tahu tapi selalu terngiang ngiang dalam kepala ni. Cuba nak lupakan tapi macam swit je. Nak tahu ape? Ahakz! Takde ape. Biase biase je. 

Dalam banyak banyak kenangan, kenangan macam mana yg akan korang ingat? Ce komen sikit. Kite share. :)

Kalau akulahkan, yg manis tu aku simpan, yg pahit tu cepat cepat lupekan. Bukan ape, takut nanti bawa padah je. Haha! Oh! Tadi aku nak cerite pasal ape yg terngiang ngiang sangat dalam kepala akukan? Haa. Macam ni...

Aku memang kuat jeles. Ok! I admit it. So, tak boleh langsongla lelaki yg aku sayang, layan perempuan lain lelebih. Mesti aku marah tapi aku diam. Kadang kadang terlepas cakap jugak. Tapi, ade certain lelaki tak faham. Die tahu nak ungkit ape kite buat then marah kite balik.

But, I told you! Ade jugak lelaki yg lembut sebenarnye. Yang pasti bukan pondan tapi lembut hatinya. Sayang sangatlah katakan. Sampai awek marah pun die jadi luluh nak melawan. Bukan ape, taknak kehilangan. Tu je. Tak salah pun...kan? :')

Orang selalu kata, cemburu buta membawa padah tapi padah lagi kalau due due same naik. I mean, same same taknak kalah. Okay. Now, korang bace dulu skrip bawah ni, then, kite sambung talk. Ok? :P

BF: " Sayang, sayang cemburu ke? "

GF: " Tak "

BF: " Laaa. Sayang ni macam cemburu je abang tengok. "

GF: " Taklah. Mane ade. "

BF: " Muka sayang masam je. Muncung tu, abang tarik karang. Sayang cemburu sebenarnyekan? "

GF: " Tak laaaaa! "

BF: " Betol sayang tak cemburu ni? Jujur dengan abang. Cepat! "

GF: " Tak cemburu punlah. "

BF: " Abang tak percaya. Abang tahu, sayang mesti cemburu ni. Abang kenal sayang. :) "

GF: " Berape kali sayang nak cakap ni? Sayang kata tak tu maknanya taklah! Eeeee!! "

BF: " Ok ok. Kalau macam tu, cium abang sikit. :P "

GF: " KENAPA MINTAK KAT SAYANG PULAK?! PERGILAH MINTAK KAT BETINE HODOH YANG KOMEN KOMEN DENGAN ABANG KAT FACEBOOK TU!! ABANGKAN SUKE LAYAN BETINE NTAH SAPE SAPE!!! "

BF: " Haha! Tengok tu.... Sayang cemburu! Hehe. Alololooo manje abang ni. Sayang kat abang ye. Abang sayang sayang sorang jela. Mane ade orang lain. Abang mintak maaf ye sayang. :D "

Uwwwaaaaaaa! Pernah alami situasi macam ni tak? Haaaa. :'(

Boleh jekan setel care baik bila cemburu. Tak semestinye cemburu tu membawa padah. Orang dah sayang. Adatlah kalau die cemburu pun. So, sekarang, semuanya bergantung pada pasangan untuk mengawal keadaan. Bukan keruhkan lagi keadaan. :D

Tak susah nak bahagia. Tak susah pun nak buat orang bahagia dengan kite. Mudah sangat. Yang penting, tenang & tunjuk rasa sayang tu sepenuh hati. Ape pun, post kali ni bukan sekadar post tapi ade seribu satu makna pada aku. :'D 

XOXO-MissJackfruit 

Mungkin bukan milik kita.


Dah retak, jatuh! Berkecai. Tak boleh nak cantum semula. Itulah kita saat ni. Mungkin. Sejak kita gaduh haritu, aku senyum je. Hati kata, "Nanti die sejuklah tu" tapi makin lama ntah kenapa aku makin marah tapi aku diam. Takpelah. 

Aku jadi makin marah bila die mula cakap aku hot la. Aku ramai orang nak laa. Aku memang tak suka orang cakap mcm tu kat aku. Aku tak tahu kenapa. Kenapa pulak korang nak kata aku macam tu? Aku tak pandang diri aku macam tu pun. 

Tak pernah aku lihat diri aku sebagai seorang yang ada semuanya. Tapi ntah kenapa kau cari pasal dengan aku. Takpelah. Kau cakap kat aku pergi mampos. Okay. Aku diam. Aku tak cakap pape pade kau.

Itu satu hal, hal lain is about a girl. Kenapa kau biadab sangat? Aku cakap baik baik dengan kau. Tapi kau maki aku macam aku pulak yang salah pada kau. Sedangkan kau tu... Ish! Yela. Kau baik sangatlah tu. Okay.

Lelaki? Pada aku sekarang, lelaki tak jauh bezanya. Bertanggungjawab? Pada mulanya. Akhirnya kita tak tahu. Setia? Pun pada awalnya. Dah lama nanti die jemu. Then, cakap tentang sayang. Jauh sekali die akan sayang sampai akhir hayat dia. 

Bila dah macam macam dugaan datang, die akan pergi jugak. Kenapa? Sebab die bosan. Pada die, perempuan macam kite ni tak boleh buat ape ape. Takde makna pada dia. Mungkin itu yang die fikir. Aku nak tidur, aku wajib nangis supaya aku boleh senyum bila aku bangun.

Itu perkara paling susah pada aku. Tapi aku kuat! Kene jugak buat supaya aku gembira. Takde siapa boleh buat kita gembira kecuali diri kita sendiri. 

Sebelum aku taip blog ni, aku memang tak boleh tidur. Tapi, lepas aku taip post ni, aku nak pergi RnR Bagan. Lepaskan semua beban then lupakan ape yang aku lalui. Itu pun kalau aku cukup kuat nak lalui. Aku boleh berdikari. 

Aku tahu aku boleh kalau aku nak!. Sekarang die dah tinggalkan aku. Then, about girl yang biadab tu pulak, aku letak tepi. Aku hope kau boleh buat apa yang aku cakap tadi. Aku tak mintak lebih dari kau.

To you, thanks for all. Jangan pernah rindu orang yang kau dah benci. :')

XOXO-MissJackfruit

Kisah FEBRUARI


Hai semua. At last, Februari tiba. Tak sabar rasanya. Dah nak 20 tahun dah aku ni. Macam tak percaya je. Mana tidaknya, umur je 20 tapi muka macam 12 tahun lagikan kan kan? Ahakz! Memandangkan umur pun dah nak mencecah 20, rasa makin neves nak melangkah kehadapan. Kenapa ntah. Maybe akan bertambah banyak cabaran nanti. :)

Eh! Btw, now aku memang borink sikit dgn life aku. Ntah kenapa. Rasa macam bosan jekan. So, in that case, aku macam searching lubang lubang yg boleh buat aku happy. Ape ape pon ok je. :P

Well well well, aku actually tak tahu kenapa sejak akhir akhir ni rasa too lonely. Semua orang busy. Takde siapa nak layan aku. The best part is, now ibarat jatuh ditimpa tangga. 

Bila kita mintak break, orang dengan willing nye setuju on the spot. HAHA. Feel such a loser je. Tapi tak kesah pun. Kalau die sayang, die protect. Bukan lepaskan. Now, aku tahu siapa kaca siapa permata. 

BTW, cinta tu tak diukur pada kekayaan tau. Kalau cinta tu ada harga, nanti lama lama harga cinta tu pun turun. But, now dia dah salah tafsir maybe. Jangan ingat aku sayang, aku takut kehilangan okay. :D

Aku sebenarnye pendam je ape aku rasa. Kadang kadang nak tergaduh tapi aku tarik balik. Macam tarik tali gitu. Nak hidop, orang kata. HEHE.

But, now... rasa macam solo je. Buat ape pun dengan orang lain. Naseb ade kawan kawan. Happy sangat even selalu sakit hatikan tapi berbaloi kalau sakit hati dgn membe kalau nak dibandingkan sebab lelaki. Even kite marah kawan kite pun, pedih die tak macam orang bercouple tu. 

In my case, aku boleh je go on life aku seperti biasa. Nothing broken kot. Ape pun, aku tak sabar nak tunggu tarikh _ _ FEBRUARI tu. Lama dah tunggu. :') 

XOXO-MissJackfruit

Utusan untuk bakal suami



Abang, sayang nak mintak kebenaran abang. Sayang nak bawak anak anak balik kampung. Abang tak payahlah hantar sayang sebab sayang boleh jaga diri & anak anak. Abang jaga diri abang & kereta abang tu baik baik ye. Cuma...ada perkara yang sayang nak luahkan pada abang. 

Kereta abang tu mahal, harga cecah RM100K kot. Sebab tu abang sayang kereta abang lebih dari sayang. Sampaikan abang tertido dalam kereta abang tu sejak abang beli 3bulan lalu hampir 3malam jugak laa. Abang sayang kereta abang lebih dari sayang & anak anak kitekan? Sayang tahu kenapa. Abang nak tahu kenapa?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari harga wang hantaran yang ayah letak masa kite kawin dulu. Cuba wang hantaran sayang lebih mahal dari kereta abang... :(

Tiap hari abang jaga, abang gosok kereta abang sampai berkilat. Sayang dgn anak anak nak dapat morning kiss dari abang pun dah susah dah sekarang. Sejak beli kereta tu jugaklah setiap bulan abang beli aksesori untuk kereta. 

Sayang nak dapat hadiah birthday setahun sekali pun susah. Kereta abang sebulan sekali abang servis. Abang kata kena jaga maintainance. Sayang nak pergi saloon sebulan sekali pun abang kedekut. Kereta abang bukan main lagi abang make up. Tapi kalau sayang make up, abang kata sayang tak sedar diri. 

Kereta abang tu abang bagi makan minyak mahal mahal. Cecah RM100 setin pun ada tapi sayang mengidam pizza ke ape ke, abang kata sayang mengada ngadalah. Membazirlah. Mahal laaa. :'(

Kalau calar kereta abang tu, bukan main lagi abang marah. Marah, menyesal bagi sayang sentuh, bawak or whatever! Dulu sayang jatuh moto, elok je abang gelakkan. Bukan nak tolong. Sedih sayang masa tu bang. 

Sayang ada tanya abang, "Abang, kenapa tido dalam kereta?" Abang kata, "takut kereta kene curi". Habis tu kalau sayang kene curi? Sayang pernah di curi, sekarang sayang kembali, abang biarkan sayang macam dulu. Abang memang suka sayang kene curi sebenarnyekan? 

Susah susah abang pertahankan, bila kene curi, abang marah orang yg curi sedangkan abang yg tak jaga sayang macam abang jaga kereta abang. :(

Biarlah sayang balik kampung ye bang. Sayang bawak anak anak sendiri. Taknaklah naik kereta abang tu. Nanti calar, kotor, berhabuk, kami yang abang salahkan. Kalau sayang yang calar, kotor, takpe jekan? :')

Abang jaga diri elok elok ye. Sarapan sayang dah sediakan. Sayang pergi tak lama. Dalam 2 3 bulan je. Cuma sayang ade pesanan untuk abang...

*Abang suruh kereta abang tu masakkan makanan kegemaran abang bile sayang takde.
*Abang suruh kereta abang tu basuhkan pakaian abang.
*Abang suruh kereta abang tu gosokkan baju kemeja abang sebelum pergi kerja.
*Abang suruh kereta abang tu mandikan abang.
*Abang suruh kereta abang tu kemaskan rumah.
*Abang suruh kereta abang tu urutkan badan abang bila abang letih.
*Abang suruh kereta abang tu temankan abang tidur. 

Sayang pergi dulu. Assalamualaikum. -Sayang-

#Mintak dijauhkan dari situasi begini. Ingatlah wahai lelaki, macam mana sayang pun pada sesuatu, jangan ketepikan isteri kamu. Sebosan mana pun pada isteri, die tetap isteri yang dah melengkapi kamu dari awal pernikahan sehingga ke akhir hayat kamu. In Shaa Allah. 

Semoga memberi kesedaran. :') 

XOXO-MissJackfruit

Kene kuat Shaaa



Hai peeps! Nak kata aku happy, tak. Sedih? Sikitlaa kot. Aku yakin, ramai yang tengah bercinta. Pada yg setia, baguslah. Pada yg curang, itu masalah. :')

Tapikan, kadang kadang, jujur cakap. Setia ni memang bosan just sometimes tu indah sebab takde masalah. Kalau ade masalah pun cuma sebab seorang tapi bayangkan kalau korang curang. Masalah tu bukan satu tapi jadi double! Betol tak? 

Tapi aku akui, bila setia, kau sakit hati, die taknak pujuk, then orang lain pulak datang tolong pujukkan. Memanglah cair. Ape pun, itu nak menguji kesetiaan orang kata. Haha. Dugaan dugaan.

Bila setia, time happy memang happy sangat. Sebab korang berdua jekan. Takde orang ketiga tapi jujur cakap laa. Based on my experiance, bila gaduh, dua dua taknak kalah. Itu sakit. Sekejap lagi, yang lelaki memang buat bodo. Yang perempuan mulalah tengok gambar lama, try check balik ade tak no EX yang paling die sayang. Hahah. 

Hmmm. Tapi, setia itu indah bila lelaki selalu mengalah bila perempuan taknak kalah. Perempuankan memang suka dipujuk. Tak heran pon kalau awek korang berubah hati. Perempuan ni lebih suka pada lelaki yg rajin nak melayan kerenah die. Memang sah laa die cari orang lain kalau korang taknak pujok die lagi. Hehe.

Tapi, aku mintak taklah pada sikap akukan. Tapi, aku terfikir satu perkara. Kalau betul laa nak curang, baik single je. Sebab single tak bagi masalah sangat. Even korang sosial macam mana pun, takde hati terluka. Hati korang pon tak sakit. :)

SINGLE. Bila kita kata pada single, ramai akan mengaku, single memang takde masalah macam kapel. Tak payah nak nangis pasal cinta. Even sunyi pon, kite tak sedih, hati tak pedih. Aku pernah single. Aku tahu macam mana syurganya single. Cuma aku akui, nampak kapel sweet sweet manja depan aku, wujudlah perasaan nak bercinta.

Ahhh! Syaitonirrojim semua tu!! So, jujur aku cakap, aku tak kuat kalau orang atau pasangan aku mintak aku pertahankan "mahligai cinta" sebab aku memang jenis givap. But, givap itu bukan menyerah kalah tapi aku tunggu waktu yang sesuai. Masa yang betul untuk kembali menerima. :')

Jadi, aku akan kuat bila aku sorang sorang. Aku akui, menangis berlinang airmata bila aku teringat kenangan. Tapi, kenangan tetap sejarah. Apa yg akan berlaku di masa hadapan, itu yang aku kene ready. 

Hmmmphhhh. :D Farisha, hope awak kuat. Awak setia, curang, couple atau single, semuanya ditangan awak. Awak kene kuat Sha.. :'D

XOXO-MissJackfruit :')

Game over heyy!

ALHAMDULILLAH. Syukur sangat sebab akhirnya dapat jugak pindah rumah baru. U know what? Before ni, aku duduk kat rumah lama aku, dahla sempit dengan seramai tidak. Okay. Tak kessah pon sempit tu. Yang aku kessah sekarang, macam mana laa bole duduk serumah tapi tak bertegur? Wattafak! 

Sebengangnya aku fiker macam macam masalah lately ni. Sejak dah mula sem baru ni, aku tension sangat. Dengan jadual pack. Dengan masalah yg semakin hari semakin bertambah. Tak cukop dengan itu, mana yg rapat dengan aku, dah tahu aku ada masalah, lagi nak tambah masalah. 

But! Aku tempuh jugak sekuat mungkin. Maybe aku kusot sangat. Dengan dituduh sebagai pencuri, dah kene tuduh, diejek pulak dengan budak budak nakal yg tak matang yg berani mengatakan kami ni perompak. Eh! Sabar jelaaa. 

Dahlah pentuduh, penkecoh pulak! Adalah tu mulot yg cerita kat rumah lain sampai tersebar satu flat. Eh! Kamon laaa. Jangan macam tu EX housemate. Aku tak tahu mulot siapa yg kecoh tapi siriusly, kalau takde yg bercerita, macam mana pulak boleh kecohkan? Oh! Atau aku tertuduh korang penkecoh? I'm sowwwi :(

Tapi, ape pun, aku dan kawan kawan berusaha cari rumah baru. Buat apa nak sakit hati fikir panjang. Tak bertegur, senyum pun tak. Dahla aku yg jemput die masuk rumah tu. Aku yg kene sujud kat kaki diorang? Ape tu? Peraturan ape plak tu? 

Nak dijadikan cerita, dahla tegur pun kadang kadang, dengan aku memang diorang okay tp dengan kawan kawan aku? Haaa. Diorang tak fikir. Dahlah masak tak jamu kami. Jamu sangat jiran lelaki. Kami yg serumah ni terbau je. Bukan hamak sangat nak rasa tapi at least, jagalah hati kami. 

Kami ni terperok je dalam bilik. Nak tengok TV sama sama pon jadi segan sebab takut jadi kambing hitam je kat ruang tamu tu. Nak makan ke masak ke, jauh skali laa. Takut ade yg buang pulak dalam tong sampah. Air yg baru buat, letak dalam peti sejuk, tak sampai sehari pon dah kene buang, apatah lagi kalau masak agaknye. Kan?

Ok. Enough cite pasal diorang. Banyak lagi actly tp malas laa nak cerite panjang. Masalah rumah, masalah aku yg sakit tak lama lalu, then, soal siapanya cinta, cewah! Err. But, now. ALHAMDULILLAH syukur. Syukur sangat, kami dapat rumah baru, dahla murah, selesa, makcik sebelah rumah pon friendly, tuan rumah pun baik hati, duduk pon bertiga je. Rasa tenang bila satu masalah dah setel.

But, now, timbul masalah lain pulak. Yang tu, biar aku je tahu. Memang serabut laa. Masalah yg datang tu, di tambah dengan perisa final projek yg perlu kami fikirkan. OHSEM! Seronok sangat. :')

Ape laaa. Betul kata ustazah aku, bercinta ni tak salah, tapi kalau bagi masalah, baik jangan teruskan. Okay. Aku taknak fikir pasal jodoh. Kadang kadang, buat tidur tak lena. Makan tak lalu. Eh! Malas laaa. Aku banyak lagi masalah. Kalau sekadar nak buat cinta tu hanya nampak buruk, tak payah keyy. Tak payah. 

So, petang ni, aku rehat. Lepak dengan senang hati. Luah perasaan sikit. Now, I'm out! Nanti aku cerita lagi. :)

XOXO-MissJackfruit