Penganjur saya;

Aku bukan penulis novel. Aku juga bukan penulis karya. Tetapi, aku adalah AKU! Semuanya aku coretkan mengikut hasil situasi.

Twit twit!

Album Instagram

Instagram

Subscribe

Jangan sesekali lupa TIGA JENIS...





Hello readers sekalian. Jangan sesekali lupa TIGA JENIS manusia dalam hidup kita. Yes! Tiga jenis. Tak banyak mana pun tapi banyaklah jugak memandangkan ianya lebih daripada satu. Kan? :)

So, apa yang tiga jenisnyakan? 

  • siapa yang membantu kita bila kita susah.
  • siapa yang tinggalkan kita bila kita susah.
  • siapa yang bagi kita susah.

Siapa yang bantu kita bila kita susah? Biasanya kawan kawan yang selalu ade dengan kita. Ambil berat tentang kita. Bagi kita semangat. Bagi kita dorongan. Kawan yang tak pernah jemu walaupun kita ni taklah baik mana. 

Siapa pulak yang selalu tinggalkan kita bila kita susah? Kawan jugak. Tapi kebiasaannya kawan yang bila susah cari kita, bila senang, dia pergi pada orang lain. Oww. Tak rasa seperti diperguna pakaikan ke? Hahahaa. *ayat apelah aku guna tadi. :P

Siapa yang selalu bagi kita susah? Pon kawan jugak. Kawan yang selalu jebak kita dalam macam macam jenis masalah dia. Kita dah tolong tapi dia masih cari lubang masalah yang sama. Itu kawan yang bingai namenye. *erti kata lain,"bodoh".

Memang semuanya akan melibatkan kawan. Takkan parents pulak yang menyusahkan & bagi masalah pada kitakan? Tak mungkinlah family kita nak jebak kita dalam benda yang akan mengundang kita pada sesuatu yang susah. 

Hmmm. Dalam dunia ni ada bermacam macam jenis manusia. Kita jumpa yang pelik pelik pun ade. Nak nak macam orang yang suka susahkan kita dengan masalah dia. Memang hidup ni perlu berbakti tapi kadang kala tak perlu berbakti pada manusia tolol yang tak tahu nak memperbetulkan kesilapan diri. 

Kawan. Hahahaa. Kadang kadang aku tergelak sorang sorang bila fikir tentang kawan. Ada yang baik, ada yang biasa biasa, ade yang macam tak berapa nak baik sikit. Bila kita merantau tempat orang, kita akan jumpa lagi ramai kawan. Macam macam keturunan, jenis, macam macam ragam. :D

Bila kat rumah, aku happy sangat sebab aku ada kawan yang baik. Aku terharu dengan sahabat yang aku ada. Even tak selalu jumpa tapi aku dapat rasakan, mereka semua nak yang terbaik untuk satu sama lain. Marah sangat kalau aku tak bagitahu yang aku ada di rumah. 

Berbeza dengan kawan kawan di perantauan. Aku ada lebih ramai dari kampung halaman tapi tak semuanya menceriakan & mengindahkan perjalanan cerita hidup aku. Aku happy ada ramai kawan tapi dalam masa yang sama, ada celahan daripada mereka bukanlah kawan sebenar. Siapa? 

Aku pun tak tahu siapa kawan, siapa lawan tapi aku selalu nampak kejadian kawan makan kawan. Harini, kau cerita rahsia kau pada dia, esok lusa kau gaduh dengan dia, dia akan cerita pada kawan baru dia. Busuknya mulut orang macam tu. ^_^

Kenapa perlu bukak pekong orang yang pernah jadi kawan kau? Tak rasa malu ke?? Kau seronok cerita pekong orang sedangkan orang yang mendengar sedang mentertawakan kau di atas kebodohan diri kau ada kawan yang buruk & kebodohan kau sebab tak pandai simpan rahsia. 

Kita selalu lupa kebaikkan seseorang sebab dia pernah buat jahat sekali pada kita. Kita takkan nampak baik die lagi. Mungkin kau ada kawan yang memang mulut tak tahu jaga. Tapi, untuk pengetahuan kau, kau & kau, lebih baik ada kawan mulot laser daripada kawan yang pura pura baik walhal blakang kau, bukan main bangkai lagi cerita pasal kau. 

Sekurang kurangnya, semua orang kena tahu, orang yang mulot celupar, kata katanya lebih jujur dari orang yang diam & senyum je depan korang. Itu fakta yang aku dah teliti. Tak semua yang diam, ketawa dengan kita, depan kita bukan main jaga hati, blakang kita pun macam tu. Tapi, bila orang celupar bukak mulut, kata kata dia tu jujur, walaupun buat kau malu, tapi ape yang memalukan tu la kau takkan ulang lagi silap yang sama. ;)

Sebab tu aku respect kawan kawan yang mulut celupar. Aku bangga aku ada ramai kawan yang mulot celupar daripada bajet baik. Pernah tak korang terfikir, kenapa ramai orang tak suka orang yang mulut celupar? Aku ada jawapannya walaupun aku tak tahu pendapat korang dengan aku, sama atau tak. 

Pada pendapat aku, orang ramai benci kawan yang mulut celupar sebab mereka tak boleh terima kenyataan bila orang cakap benda buruk pasal dia. Mana ada manusia suka kena kondem. Mana ada manusia sanggup dengar diri dia dikutok. Tapi percayalah cakap aku, andaikata kau dapat dengar apa yang orang cerita blakang pasal kau, kau mesti lagi sakit hati berbanding dengan orang yang mulut celupar sangat pergi cerita depan korang. 

So, for me... Aku tak heran kalau aku kurang kawan asalkan aku takde kawan yang PURA PURA bahagia depan aku, sedangkan belakang aku dialah mulut bangkai yang aku cari. :D

Biar aku tak ramai kawan dari ramai kawan tapi muka talam. Sanggup jaga hati orang lain berbanding kawan sendiri. Sanggup tengok kawan sendiri menangis daripada lapkan air matanya. Sanggup tikam kawan sendiri. Aku tak kisah hilang kawan yang busuk, berulat, daripada hati aku sakit di tikam oleh kawan yang sanggup makan kawan.

Bila kita ingat TIGA JENIS manusia dalam hidup kita, barulah kita tahu, siapa kawan, siapa lawan & siapa kawan makan kawan. \(^,^)/ Yeayyy!

:') XOXO-MissJackfruit

# Baru kita jumpa siapa kawan, siapa lawan, siapa kawan makan kawan 

No comments:

Post a Comment

Comment palace.