Penganjur saya;

Aku bukan penulis novel. Aku juga bukan penulis karya. Tetapi, aku adalah AKU! Semuanya aku coretkan mengikut hasil situasi.

Twit twit!

Album Instagram

Instagram

Subscribe

Kerjaya





Lama jugak tak update blog ni... kadang kadang rindu. Tapi, busy sangat... Lagipun, macam macam dah aku lalui selama aku tak update blog ni. Malas nak cerita. Hahaha. 

Sekarang dah ada Facebook, Twitter, Instagram, Wechat, Whatsapp, macam macam lagi la... Blog dibiarkan bersarang. Ahakz! Siapa lah nak bacakan? Sebab tu tak update pun takpe. Btw, now...busy sangat cari kerja. Betul la orang tua cakap, walaupun ada kelulusan, bukan mudah nak cari kerja. 

Dengan itu, aku mula usaha dan tawakal. Mana mana dapat, syukur Alhamdulillah... Aku terima. Ada rezeki nanti, ada la kerja yang sesuaikan. :)


Selamat malam... 

Punca perempuan meninggalkan lelaki




Kehidupan ni nyata. Jelas. Terang. Kenapa korang yang perempuan suka cari lelaki yang ada duit, ada paras rupa? Ada macam macam lagi laaa. Hakikatnya, lelaki pun macam tu. Memang tak semua orang macam tu tapi majoritinya. Aku? Aku tak fikir semua duit n muka die boleh buat aku senang hati. Boleh buat aku gembira. Boleh buat aku bahagia. Aku tak fikir duit dan paras rupa dia boleh pujuk aku kadang kala.


Hakikatnya, aku tak pernah berjaya dipujuk walaupun diberi hadiah ke ape. Tak pula mampu lelaki memujuk aku dengan paras rupanya. Boleh ke duit dan paras rupa tu bagi satu rasa hormat pada diri korang sebagai perempuan? Boleh ke duit dan paras rupa bagi korang rasa korang ade persefahaman? Tak mungkin. Hakikatnya, bila ada duit jela korang rasa korang sama. Bila miskin, korang konfem gaduh, pastu cari lain. Jangan tipu laaa. Kot ye pon ade yang bole susah senang sesama, ok laaa tu.


Pertama, aku benci lelaki panas baran. Mana mana perempuan pon tak suka. Tapi korang kena ingat, sepanjang perkenalan sebagai rakan, lelaki cukup hebat sorok perasaan baran. Try couple. Mampos korang. Hahahahaaa! *Gelak jahat


Kenapa aku gelak? Sebab aku tahu itu hakikatnya. Lelaki ni ego die nampak je macam dah buang bila dia dah mula dapat korang. Tapi, kalau betul die tak ego, try buat bende merapu, bagi die tension. Tengok macam mana cara die lepaskan tension. Kalau die marah korang, batalkan segala niat korang nak bersama walaupun kadang kala dia baik orangnya. Kenapa? Sebab lelaki macam tu plastik. Plastik tapi die tak sedar dan takkan tahu pun. 


Itu kalau die marah, apetah lagi kalau mula menghamburkan kata kata kesat, ade pula yang berani naik tangan. Serius cakap, blah! Sebelum terlambat, blah!! Jangan nanti dah kapel, tak bole nak lari. Menyesal tak sudah kalau dah kawin. Tak tipu...Tapi kalau tak boleh lari, aku pon buntu. Berserah je pada Allah S.W.T semoga Allah bagi jalan yang terbaik ye. 


Yang lelaki ni pon aku tak faham, bila bergaduh, taknak kalah. WTF! Dah tentu tentu perempuan takkan mengaku kalah. Itu macam bila nak setel? Yang lelaki ni pun, nak setel awal, ape kata tarik nafas dalam dalam, just cakap, "Maafkan saya. Kalau awak rasa saya salah bla bla bla. Awak jangan la marah. Awak pun ade salahnya bla bla bla" Kan elok. Ni tidak, "Ape bodoh sial awek aku ni" Hahaha!


Itu macam punya ayat, mana mana perempuan pon berani curang bro. Buat apa nak tunggu jantan tak guna macam kau. Ade ke patut die lempar sekali seguni makian pada awek die. Nampak tak baran dan tak ikhlas die macam mana? Jujur cakap, kalau aku kena macam tu, aku terasa. Jangan kata seminggu, tak contact selamanya pon aku ok. Tak terjejas langsung hidup aku. 


Yang aku pelik, bila die ucap, "Ape bodoh sial awek aku ni" dalam kepala die takde terfikir plak, "Asal aku kapel dengan perempuan bodoh dan sial macam ni? Cari lain lagi bagus" huahuahuaaa! Nampak tak bodoh dan sial die lebih banyak kat situ. Jangan kata nak setia ke nak go through hidup bersama, kalau dah cakap macam tu, takde makna la segala susah senang bersama. Cakap sikit nak maki. Tunjuk jari hantu je depan muka die. Pastu blah dengan jantan lain. Setel! Mampos la die nak cakap korang murah kehape. Yang penting korang dah berjaya larikan diri dari die. Wakakakaka! 


Ini bukan nak mengajar korang jadi jahat tapi belajar lindungi diri daripada lelaki jenis yang tak sopan. Kalau belum kawin dah tak tau sopan, tak tau hormat, berani maki, baik korang pon berani lari. Jangan takut takut. Lari k. Lari. 


Kadang kala aku pon sedih kalau kene herdik. Aku paling benci kena marah, paling benci kena tengking. Sebab tu mak ayah aku kalau nak marah pon, tak pernah diherdik. Biasanya perli ke, takpon ade la cara lain tapi aku tak rasa diherdik. Kalau aku kena herdik, aku cepat rasa benci. Sebab tu senang aku buang perasaan sayang. Lebih senang aku buang perasaan sayang pada orang yang rajin herdik aku. Mungkin bagi aku, benca macam tu aku terasa. 


Kalau aku dapat peluang, aku nak cari lelaki yang lembut sebab aku ni kasar. Aku nak lelaki yang sopan sebab aku ni biadab. Nak yang penyejuk sebab aku kaki hangin. In shaa allah, semoga Allah permudahkan perjalanan aku cari lelaki yang boleh bimbing aku dan didik aku dengan baik. :')


Memang susah nak jumpa tapi takpe...boleh cuba. Banyak lagi masa...kan? ;) Biar muka tak hemsem asalkan lelaki tu baik dan mampu jaga hati kita daripada terluka. Bukan curang je mampu lukakan hati perempuan tapi kata kata merupakan senjata utama yang buat perempuan begitu kuat untuk teruskan hidup walaupun dengan lelaki lain. 


Sepanjang hidup aku, ada sorang je lelaki yang aku kenal, cukup jaga ayat dia bila dia bercakap tapi dia bukan jodoh aku. Takpe. Redha. Tapi, dalam seribu, mungkin cuma sorang je yang mampu jaga bahasa macam dia. Macam mana aku maki pun, dia tetap jaga kata kata die. Doa yang terbaik untuk dia sentiasa mengiringi hidupnya. :')


Hope, kawan kawan aku atau pun sesiapa je yang read entry ni, tak rasa ape yang aku rasa dan semoga uols dipertemukan dengan lelaki yang lemah lembut, sopan santun, berbudi bahasa, yang paling penting, penyabar tahap dewa. Bukan sabar sekadar hangat hangat tahi ayam. Baru sabar sikit dah bercerita macam sabar tahap tertinggi hokage dalam cerita Naruto tu. Ohhh kam on laaa. Jangan berangan. Orang yang sabar takkan sesekali hilang sabar marahnya  kerap kali. Itu penipu. Harap maklum.


# XOXO-MissJackfruit #

Ibu & Isteri. Tanpa Meraka, Anda Kehilangan.





   Bila suami balik rumah, si suami ni jadi hairan sangat sangat bila tengok halaman rumah berselerak, surat di peti pos takde siapa yang ambil, anak anak pulak tengah main korek korek tanah yang kotor di halaman rumah, baju mereka compang camping kotor penuh dengan tanah, rambut pun tak bersikat, tak mandi pulak tu. 

   Masuk ke pintu rumah, si suami terkejut, "Whoaaa! Mana isteri aku ni?" Ruang tamu lebih berselerak. Si suami pun terjerit jerit memanggil nama si isteri. Sepi. Tiada jawapan. Masuk pula ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk yang tak bercuci, periuk tak dibasuh, si suami membuka tudung saji di atas meja mencari sesuatu untuk dimakan tetapi malangnya tiada apa yang dimasak. 

   Si suami ke bilik air, baju tak berbasuh apatah lagi direndam. Si suami semakin cemas lantas mencari isterinya. Dia bergegas ke atas dan terus masuk ke kamar. Dilihat, isterinya sedang terbaring di atas katil sambil membaca buku. "Fuhhhhh.......Legaaa. Awak sakit ke?" Tanya si suami. "Tak lah". Jawab isterinya ringkas. "Kenapa teruk sangat rumah kita harini?" Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangannya di dahi isterinya kot kotlah isterinya demam. 

   "Abang, semalam semasa kita bertengkar, abang kata yang saya ni hanya suri rumah. Duduk di rumah tak sepenat diri abang yang kadang kala hampir seharian duduk di pejabat. Abang selalu tanya saya, apa yang saya buat di rumah sampai kadang kala saya merungut kepenatan."

Si suami mula berfikir. 

   "Kalau isteri aku takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup aku ni. Boleh buat ape je yang aku suka. Boleh melengkar depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizikal. Pendek kata, FREEDOM! No one shouting from the kitchen ask for help. No need to comment this & that. No one criticize. Everything will be smooth. Takde siapa nak marah aku"

   Tetapi pelik bin ajaib cucu kepada hairan, bila si isteri betul betul pergi, maksudnya bila isteri takde, si suami pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah syok.

   Tapi bila masuk hari ketiga, si suami berfikir lagi. "I felt something missing. Lebih lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'ashemmm'. Tak tau mana nak cari yang baru. Colgate pun dah nak habis, tak tahu kat mana stock up. Air suam habis pun terasa malas nak boil."

   Masuk hari keempat, rimdu mula terasa. Bila rindu dah muncul, mencengkam pulak, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV cerita best jadi tak best. Makan kat 5 Star pon rasa macam makan kat kedai biasa. Lebih lebih lagi bila laundry bucket dah semakin penuh. Bertimbun dengan baju kotor. Toilet dah mula berdaki, lantai dah berkerak, takde siapa nak mop. 

   Every night, very lonely. Semuanya jadi sunyi. Baring atas katil, tengok cieling, ada kipas berpusing. Bila dah lonely, barulah si suami terasa benar kesepian & kehilangan si isteri. Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu lagi isteri takde, si suami dah rasa separuh pengsan. Masa tu barulah si suami sedar betapa pentingnya seorang wanita yang bergelar isteri. 

   Kan dia tu isteri, sweetheart katenye. Ingat tak duit hantaran yang korang bagi pada isteri bila nikah dulu? Kepada yang belum nikah, duit hantaran yang korang akan bagi pada bakal isteri korang nanti, ingat cukup ke nak bayar gaji isteri seumur hidup? Ingat balik...

   Bila sama sama cari rezeki, harap harap biarlah bersama sama juga kemas rumah. Kadang kala bila suami sesak, takde duit dalam poket, isteri jugaklah orang yang paling dekat, dia jugak yang akan hulur hulur duit walaupun tak banyak pada korang. Kalau isteri tak kerja, mana dia nak dapat duit? Haaa. Duit belanja dapur yang suami bagi tu laa jugak yang dia hulur balik pada korang wahai suami. 

   Memang lelaki dah bayar duit hantaran, ade jugak yang pemurah, bagi isteri duit setiap bulan tapi fikir semula. Kalau isteri tu buat semua kerja minta bayaran, cukup ke nak bayar pengorbanan seorang isteri? Bukan setakat kemas rumah, memasak, jaga anak, melahirkan anak lagi, tak campur kasih sayang, kalau suami penat, sakit sakit badan, isteri jugak laaa yang melayan, tolong picitkan badan, urut sana sini. 

   Tak kesian ke tengok isteri? Kalau isteri tu jenis yang bekerja pulak, dah la kena kerja, balik nak buat kerja rumah pulak! Nak layan anak lagi, homework anak pun nak kena pantau, penat tau! Kalau lelaki diberi peluang untuk jadi seorang wanita, mungkin kalian tak rela. :')

   So, cerita kali ni bukan untuk suami isteri je, untuk anak dan ibu juga. Sayangilah wanita kerana tanpa ibu atau seorang isteri, anda akan kehilangan sesuatu yang berharga. 

   Biarlah wanita wanita seperti isteri & ibu kamu terus membebel, merengek atau mengilai seperti pontianak sekali pun. Seburuk buruk perangai wanita, sama ada isteri atau ibu kita, ia akan melekat di hati kita sehingga ke akhir hayat. 


# XOXO-MissJackfruit #

Pengalaman pahit masih dalam ingatan.



Hai peeps. Ntah kenapa malam ni saya rasa saya sedih sangat. Mungkin sebab saya nampak dengan mata, boleh fikir guna otak. Masih lagi mampu nak bukak mata & fikir. Mungkinlah. 

Since cerita kali ni tentang pengalaman pahit, saya yakin, semua orang ada pengalaman pahit. Sama macam saya. Terlalu banyak pengalaman pahit. Sangat banyak sebenarnya. Tapi kali ni, cukup cukup terasa. :'(

Susah betul nak lupakan. Ntah kenapa. Sakit sangat hati ni. Macam takde siapa mampu faham. Sakit. Ye. Betul betul sakit. Setiap hari, saya cuba lupakan tapi tak boleh. Susah. Try hard. Too hard. Tapi still tak mampu lupakan. Tak tahu nak buat apa lagi. 



Ape perasaan kamu kalau orang yang kamu sayang sangat, tak pernah buat apa yang kamu nak sangat. Ye, dia selalu cakap dia sayang kamu, dia cinta kamu, ye... Die bagi selagi mampu tapi sayang ke bila satu permintaan mudah dia tak mampu lakukan demi kamu? Mudah sangat. Tak susah mana. Tak keluar duit, tak membunuh, takde ape yang susah pon. Susah ke?

Saya pernah sayang dia. Sayang sangat. Saya pernah cakap, saya tak suka ada pesaing. Saya tak suka bila saya rasa diri saya macam sedang bertanding dengan seseorang. Tapi dia? Dia buat tak faham je. Saya tak minta duit, tak minta dia jewelleries or maybe ape ape yang perempuan selalu minta. Jarang saya minta ape ape dari dia, tapi kali ni, saya serius, saya nak sangat dia buat untuk saya. Sekali tu je. 

Saya minta dia tinggalkan perempuan tu. Saya tak suka dia. Bukan sebab dia perampas tapi sebab dia tak perlu ada dalam hidup kami. Saya rasa seolah olah dia tu cuba buat saya sakit hati. Sebagai perempuan, bila orang lain rapat dengan orang yang paling kita sayang, mesti kita sakit hati. Ye. Macam tu jugak saya.

 

Kenapa susah sangat dia nak dengar cakap saya? Susah sangat ke permintaan saya untuk dia tinggalkan perempuan tu? Dia sanggup hilang saya. Dia sanggup hilang saya dari perempuan tu? Kenapa??

Pernah dulu dia cakap, "bila abang konvo, abang nak sayang ada sebelah abang, jumpa family abang, amik gambar, pakai topi abang tu mase abang konvo" Tapi ape yang jadi? 

Hari konvo tu, perempuan tu yang ade sebelah die! Perempuan tu yang pakai topi tu, yang jumpa family die! Ape semua tu? Penipu! Sebab tu sampai harini, saya susah nak percaya. Benci sangat setiap kali saya nampak perempuan tu tapi saya diam. Sebab ape? Sebab saya dah buat keputusan, kalau dia lebih rela hilang saya daripada perempuan tu, pergi laaa. Saya takkan cakap ape ape. Saya takkan halang. Saya lepaskan dia pergi.



Kenapa buat saya macam ni? Kenapa sanggup buat saya macam ni?? Saya tinggalkan AJ, saya berhenti pujuk AJ untuk abang tapi abang? Ape abang buat untuk saya?? Takde ape! Saya taknak rantai, gelang & semua yang abang pernah bagi pada saya. Saya cuma nak abang stick on me. Bukan die. 

Memang die dah nak kahwin, tapi kenapa perlu ada die lagi dalam hidup abang? Penting sangat ke dia? Bodoh! Sebab die, sebab die saya pergi pada orang lain! Saya taknak sakit hati lagi. Maafkan saya. Sakit hati saya ni. Tak guna saya sayang awak kalau awak tak pernah sayang saya. Awak sanggup nak tengok dia kahwin, untuk ape?! Awak sanggup lukakan hati saya demi die?? Kenapa?

Untuk pengetahuan abang, saya tak pernah curang sebelum ni. Abang lupa ke? Pernah sekali abang sebut nama perempuan tu, "D****" Saya sakit hati. Tapi saya diam. Abang sanggup mintak break atas alasan abang bosan sebab saya asyik marah bila abang cerita pasal dia. Siapa tak marah? Sakit hati saya ni siapa tahu? Tapi saya decide, saya curang. Saya cari lelaki lain, biar abang tahu, betapa sakitnya hati bila abang buat saya macam tu. Tapi abang salahkan saya. Salah saya ke? 



Lepas tu saya buang dia dari hidup saya. Dengan harapan kita boleh buat buku baru. Okay! Stay up. Kita kena kuat. Saya cuba yang terbaik. Tapi abang sebut pulak tentang perempuan baru. Atas motif ape? Saya sedih. Saya bukan nak dengar nama perempuan tu setiap kali keluar dengan abang. Abang tak terasa ke sedih saya? Itu maknanya abang tak betul betul sayangkan saya. 

Saya decide again! Saya cari lelaki lain. Kenapa? Sebab abang tak habis habis dengan perempuan kedua tu. Kita jarang text, call pun sekejap. Alasan abang, letih, nak tidur, penat kerja. Saya tunggu abang dari pagi sampai malam. Itu yang saya dapat? Ape semua ni bang? 

Saya tak tahu betul atau tak keputusan saya masa tu, saya tinggalkan abang. Tapi saya berbelah bahagi. Tapi sekarang bila saya fikir semula, mungkin betul keputusan saya. Mungkin ini memang keputusan yang saya perlu buat dari dulu lagi. Nak tahu sebab apa? Sebab kita tak serasi. Tak faham antara satu sama lain. Memang kita tak boleh duduk sebumbung. Abang tak hormat permintaan saya, macam mana saya nak hormat permintaan abang. 



Saya sayang abang pun tak guna kalau abang tak faham isi hati saya. Kita unfriend di Facebook, abang sanggup unfriend saya sebab taknak unfriend die. Abang berat hati nak padam gambar die dalam fb abang dulu. Kan? Saya mintak maaf, sebab saya abang kene buat keputusan yang abang taknak. Saya mintak maaf sebab abang terpaksa delete gambar die. Tapi saya yakin, abang masih ada simpan gambar tu. :')

Harini, saya nak bagitahu, sakit sangat hati ni bila tak berjaya lupakan ape yang abang buat. Saya curang bersebab. Kalau tak, kenapa saya curang...kan? Saya cuba percaya tapi saya gagal. Saya cuba lupakan semua yang pernah jadi tapi sakit sangat. Susah sangat nak lupakan. Bukan mudah. Saya cuba lupakan gambar tu, saya cuba padam nama dia dari kamus hidup saya tapi saya gagal. Sebab abang tak tahu, betapa sakitnya hati saya pada dia. Sampai bila saya akan berdendam? Saya pun tak tahu. 

Saya taknak berdendam tapi sebab semua ni mendesak saya. Saya tak tahu. Kenapa sebab dia? 



Abang, saya cuba lupakan semua yang menyakitkan. Abang mungkin tak sedar, sebab saya taknak kita gaduh sebab dia. Saya undur diri. Bukan sebab saya benci tapi sebab saya tahu, mungkin ini semua yang terbaik. Abang cakap ini semua salah saya. Takpelah. Saya terima dengan hati terbuka, semoga abang jumpa perempuan yang lebih baik dari saya. 

Sampai harini, parut yang abang toreh pada saya, masih berdarah. Susah untuk saya pulihkan. Tapi in shaa allah. Saya akan usaha untuk pulihkan. Saya kena kuat! Saya kena yakin yang saya boleh rawat hati saya. Saya cuma takut saya akan kecewakan orang lain sebab luka yang abang parutkan pada saya. Tapi saya harap, saya jadi perempuan yang baik, yang takkan lukakan hati orang lain. 




In shaa allah, saya akan layan orang yang mencintai saya sama seperti mana dia mencintai saya. 

# XOXO-MissJackfruit # 

Ibu, apa dosa saya pada ibu?






Ibu, apa salah saya pada ibu? Apa dosa saya pada ibu? Kenapa ibu buang saya? Salah saya ke sampai ibu buang saya? Kenapa lelaki tu taknak mengaku saya anak dia? Kenapa dia suruh ibu buang saya? Kenapa ibu dengar cakap dia? Kenapa ibu bunuh saya? Saya tak berhak lihat dunia?

Pernah tak perempuan dan lelaki di luar sana fikir semua ni? Kalau laaa seorang bayi yang lahir suci, bersih, tanpa dosa itu mampu bertanya... Dia akan tanya semua soalan di atas. Tapi malangnya...dia tak mampu. Dia cuma mampu menangis. Wajah dia, suci... Bersih dari dosa. Kenapa dia dibuang? 




Sejuk hati setiap kali lihat wajah anak kecil ini. Terasa senang hati tiap kali nampak wajah tenang dia. Tapi ada juga yang kejam. Buang si kecil ni. Pentingkan diri. Bersifat binatang. Binatang pun tahu sayang anak. Itu yang ramai orang selalu sebut. Tapi kenapa kita takde rasa belas kasihan pada dia? 

Kita yang berdosa, dia yang kita bunuh, kita buang atau kita tinggalkan bersemut di tempat yang kotor. Busuknya hati. Ramai lagi pasangan diluar sana yang mahukan si comel ni. Ramai lagi yang perlukan si comel ni sebagai penyejuk mata dan hati. Janganlah dibuang. Bukan salah dia bila dia hadir dalam rahim kite sebagai perempuan, salahnya terletak pada kita. 



Kalau taknak dia, jangan buat perkara yang boleh mengundang dia hadir dalam rahim kita. Tak pernah ke kamu semua terfikir, betapa bahagianya kita bila adanya dia? Kita sebagai perempuan, ada rasa sayang yang sangat tebal, Allah fitrahkan rasa kasih itu pada kita. Tapi kenapa kita sebagai perempuan sanggup buang dia? Bunuh dia? Malu?? 

Kenapa kita fikir perasaan malu tu bila dia hadir? Kenapa tak fikir sebelum kita bertindak? 

Lelaki, kenapa suruh perempuan buang dia? Mana hilangnya rasa tanggungjawap? Kenapa taknak jaga dia?! Kenapa jalan terbaik itu mesti bunuh atau tinggalkan dia? Tak rasa berdosa? Atau bersalah? 

Jangan dibuang, jangan dibunuh. Kalau taknak, jangan buat perkara yang tak perlu. Dia bukan puncanya. Puncanya dari diri kita sendiri. Saya bukan nak berlagak bagus atau baik tapi saya nak kamu semua tahu. 

Bila kamu buat perkara yang tak sepatutnya kamu buat, bertanggungjawab atas apa yang bakal terjadi. Jangan lepas tangan. Percayalah... Kita mungkin tak sedih bila kita dah bunuh dia atau buang dia atau tinggalkan dia dimana mana. Tapi kepada perempuan diluar sana yang baca post saya kali ni, kamu akan rindukan dia satu hari nanti bila kamu nampak orang lain kendong anak mereka. Mungkin kamu tak sedih sekarang atau kamu rasa lega bila dah berjaya lupuskan dia tapi ingat, akan wujud jugak perasaan rindu pada dia nanti. Rindu yang akan datang secara tiba-tiba. 

Tak salah jadi manusia yang bertanggungjawab...kan? ;)

# XOXO-MissJackfruit #