Penganjur saya;

Aku bukan penulis novel. Aku juga bukan penulis karya. Tetapi, aku adalah AKU! Semuanya aku coretkan mengikut hasil situasi.

Twit twit!

Album Instagram

Instagram

Subscribe

Ada dua sebab yang buat kita kecewa.



Hai. Apa khabar semua? Hope semua sihat sihat jela. Ntah kenapa pagi pagi macam ni, terdetik sesuatu dalam fikiran. Nak menangis, dah tak mampu. Nak cerita pada seseorang, kalau boleh mintak dijauhkan. Biarlah Allah je yang tahu...

Tapi seriously, topik harini bukan Cha sorang je yang pernah alami tapi Cha yakin, ramai lagi follower & pembaca yang akan atau telahpun alami. But trust me, sakit bila kecewa tu memang susah nak digambarkan lebih lebih lagi bila kita kecewa dengan orang yang paaaaaling kite sayang & hope he's the one who will marry us. 

But, Cha percaya pada ketentuan Ilahi. Dia akan bagi yang terbaik pada Cha. In shaa allah.



Dua sebab yang buat kita kecewa. Pertama, kita terlalu ambil berat tentang dia. 

Definitely kite akan ambil berat sebab kita sayang. Am I right? Tapi, baru harini Cha sedar...bila kita terlalu ambil berat & sometimes rasa kita diabaikan sedangkan kita orang yang paling tertunggu tunggu khabar dari dia. 

I mean, bila tengah rancak texting, tetibe senyap, I am wondering. "What's happen to him?" Bukan nak fikir negatif tentang dia. Tak terfikir pun nak kata dia curang, apetah lagi buat perkara yang tak sepatutnya. Cuma kite akan risau bila tengah seronok texting, tetibe hilang, call tak angkat, takut something bad happen. Tu je. Taknak laa jadi orang terakhir yang tahu. 

At least, bagitahu laa kalau busy. Might be something laa yang boleh buat U stop skejap, tell me then continue balik. Kenapa untuk kawan kawan, U akan do anything for them but for me, tak macam tu pun. I tak mintak pun U hadap I 24/7. I just nak U bagitahu. 

Kadang kadang, sehari dua tiga mesej pun, Cha bersyukur. At least ade jugak. Even hati ni marah, bosan, rasa nak jerit kekuat pasal U tapi I still boleh waraskan otak I. Just fikir positif. Awak busy, awak banyak keje nak buat, banyak tanggungjawap. Isoke laa. 

Tapi Cha sedih, lelaki memang berbeza sikapnya. Ada yang terlalu caring sampai kita pulak yang tak tentu arah. Mana nak handle kerja, mana nak bagitahu dia but bersyukur if dia mampu faham sebab perempuan memang akan cari even sikit masa utk bagitahu anything happen. 

Tapi Cha rasa, lelaki jarang macam tu. Ada tapi maybe segelintir. So, kepada lelaki yang rasa dia sanggup luangkan masa utk orang tersayang hanya kerana nak menjaga hati mereka, bersyukur pada diri kamu sendiri & rasa bertuah sebab ada naluri yang begitu kuat mengenai hati perempuan yang cepat tersentuh.

Sometimes Cha jeles jugak tengok pasangan lain yang always ade somebody beside them. Ape ape berlaku, terus bagitahu, terus ade tempat mengadu, tak payah tunggu tunggu. Congrats to them & hope semuanya berakhir ke jinjang pelamin & kekal hingga ke akhir hayat. In shaa allah. :')

One more thing, bila dia jarang ambil tau tentang kita. What's going on? Ape berlaku pada kita, apa yang kita buat blakang die, everything, dia tak tau. WHY?! Because dia sendiri taknak ambil tahu. Nak harap perempuan bagitahu? Memang taklah semua benda die nak cerita sebab orang tak tanya, kenapa nak cerita. Maybe laa kan? 

Tapi ade certain perempuan yang nak dimanja. Nak somebody always beside them. Bukan sekadar cakap, "awak, saya sentiasa ada di samping awak" TAPI... Hakikatnya tak pun. Bila kita susah, kita call, no answer. Bila kite sedih, kita text, no reply. Itu ke yang lelaki maksudkan, "i am always there for you" ? 

Sentiasa bersama saya ketika awak susah, awak sedih, awak duka, yes! That's totally true laa kalau lelaki kata, "saya sentiasa ada untuk awak". Maybe itu maksud lelaki agaknye. Urghhh! Mengecewakan...lelaki akan sentiasa ada dengan kita bila dia susah, sedih, duka, macam tu ke? Itu ke maksud die??

Die sentiasa ada kite bila die susah tapi bila kite yang susah, belum tentu lagi die sedang bersama kita, kongsi kekecewaan tu.

Lelaki, fahamilah kami. Walaupun seketika. Kami tak mintak harta berjuta, kami cuma nak kasih sayang yang sentiasa ada untuk kami. Sibuk macam mana pun, carilah waktu agar boleh bersama. Bukan nak apa apa material pun. Cuma nak perhatian.

Kenapa perempuan disalahkan bila curang? Sedangkan kadang kala, mereka rasa sunyi walaupun dah berpunya. Cha rasa, pasangan yang ada harini, lebih baik sit & talk. Bincangkan apa sebenarnya masalah hubungan tapi at the same time, dua dua dimohon agar berfikiran terbuka untuk terima apa sahaja luahan hati si kasih. :')

Berubah kepada yang lebih baik. Itu bukan sesuatu yang merugikan. Tapi mana tahu akan memanjangkan lagi jodoh antara kalian. Tak salah kalau dua dua bagi peluang kepada diri untuk berubah jadi yang terbaik demi hubungan bersama. Bukan nak riak atau takbur bila mampu buat sesuatu tapi ikhlaslah bila kita betul betul sayang. Jangan dipohon pembalasan. 

Hmmm. Cha coretkan sedikit luahan hati. Yang tak terjangkau pada lidah untuk menceritakan hal sebenar yang menjadi punca lebih banyak pasangan menjadi retak. 

:') XOXO-MissJackfruit


Bila dara jadi isu...




Dara? Penting sangat ke dara pada lelaki?? Ye. Bagi lelaki dara memang penting. Dara tu kadang kala jadi kes sensitif buat segelintir lelaki. Tapi sesetengah lelaki yang tahu tentang ketidak adaan dara pada seseorang perempuan, dia lagi suka. Kenapa? 

Sebab dia boleh jadikan perempuan tu makanan dia. Ish ish ish! Tak patut. Tak patut. :\

By the way, harini Cha nak share sikit pendapat je pada semua. Bukan nak berpihak pada sesiapa. Cuma nak majoriti lelaki & perempuan sama sama berfikir sejenak.

Zaman sekarang ni kalau nak cerita pasal perempuan jahil memang banyak, ramai sangat. Masa muda tak fikir panjang. Terlalu ikut perasaan sayang & cinta monyet. Tapi, tak semua perempuan serahkan suka suka hati. Ade certain yang dirogol, yang di paksa, yang terpaksa. Kita tak tahu. Wallahualam.

Tapi bila si perempuan pernah jahil, pernah berzina, terlanjur dengan mana mana lelaki, di rogol atau ape kemungkinan yang menyebabkan si perempuan kehilangan dara sebelum berkahwin, bila nak mendirikan rumah tangga, on first night, suami dapat tahu, memang kebanyakkannya akan marah. Mostly memang akan bergaduh. 

Lelaki akan mula keluarkan perkataan perkataan yang menyinggung hati & perasaan si isteri bagi menunjukkan kesalahan si isteri padahal si isteri telah pun bertaubat & ingin memulakan langkah baru. 

"Kau dah tak suci! Aku bukan lelaki pertama yang menyentuh kau!! Ntah dari bekas siapa aku kutip kau untuk dijadikan isteri!!!"

Wahai lelaki, wahai bakal suami & wahai suami sekalian, "dara" sahajakah yang menjadi matlamat didalam rumah tangga & perkahwinan kalian? "Dara" sahajakah yang menjadi santapan kamu untuk bahagia? Tubuh badan si isteri & "dara" sahajakah objektif perkahwinan kamu?

Lelaki, bakal suami & suami sekalian, sedar tak kalian, nikmat pertama perkahwinan itu bukan sekadar dara, tubuh badan & nafsu semata mata?

Nikmat pertama perkahwinan itu ketika si isteri menjaga kebajikan kalian sebagai suami. Menjaga kalian ketika sihat, sakit, makan, minum & pakaian dijaga. Teratur kehidupan...

Nikmat pertama perkahwinan juga isteri berikan apabila kalian di khabarkan akan mempunyai cahaya mata, isteri melahirkan anak, membesarkan anak bersama sama kalian.

Nikmat pertama perkahwinan juga apabila isteri meninggalkan keluarga kerana ingin hidup bersama kalian wahai si suami, tinggal sebumbung, makan semeja setiap hari, tidur sebantal & ketaatan seorang isteri kepada kamu menjadi nikmat perkahwinan.

Seorang isteri tak mungkin melakukan hal demikian dengan lelaki lain, tak akan dijaganya kebajikan lelaki yang bukan suaminya, takkan dijaga & dirawat pagi, petang, siang & malam bagi lelaki yang bukan suaminya, & tak ada orang lain yang dapat layanan seperti itu selain kamu wahai suami!

Bersyukurlah kerana isteri telah berkorban buat pertama kali dalam hidupnya demi seorang suami yang benar benar dia cintai kerana dapat menerima dirinya, menerima kekurangannya & sanggup menjalani kehidupan bersamanya.

Dan kepada perempuan, bersyukurlah sekiranya memiliki suami yang dapat menerima buruk baik dirimu. Bersyukur kerana memiliki suami yang bersyukur dengan kehadiranmu & redha dengan kekurangannmu. Taati perintah suami kerana bagaimanapun suami kamu, syurga seorang isteri tetap terletak di bawah telapak kaki seorang suami.

:) XOXO-MissJackfruit

Bila lelaki benar benar cinta...




Menyayat hati. Tragis sungguh! Huhhh. :(

Bila kita sayangkan seseorang tapi orang sikit pun tak hargai kita. Yes! I admit, Cha nampak keadaan sekeliling Cha. Bila hensem, ramai nak. Kalau kaya lagi ramai nak. But, if he just a guy that have nothing except his girlfriend, you are nothing!

Cha tahu, rupa paras tu buat ramai tergila gila sebab bestlah...nanti bole show off kat fesbuk, twitter, instagram. Am i right? But, yang hensem tu ramai rebutan. Pesaing kamu bukan takde, tapi bersepah! #OUCH!TAKE NOTE Haaaa. -_-'''

That's about face & good looking. How about wealthy? Kekayaan gitewww. Hey aweks aweks, bila kekasih yang kamu sayangi & cintai itu adalah seorang yang kaya, tak terfikir ke, tak mustahil dia mampu beli cinta perempuan lain dengan mudah seperti mana dia membeli cinta kamu? :)

Think about it. Well. It's so hard to tell you. Cha perhatikan, bila hensem je, dahi licin, pipi merah merah, rambot ala ala Kpop, badan aum...wah... Terbeliak ye bijik mate nengoknye? HAHA! Tapi ingat, yang terbeliak bijik mate tu bukan kamu seorang je. Orang Malaysia ni ramai, haaa. Teddia aih! Memang ramai lagi yang akan terbeliak bijik mate. 

First! "Kau takde kereta, tak payah mimpi nak usha aku" Whoaaaa. Ape tu? Err. Materialistik kecane? Ade yang kata, "aku bukan taknak naik moto, tapi moto ni nanti terpeloklah, pastu mesti dei sesaje main brek. Naik kereta mane bole pelok. Die kene pegang stereng kereta je" 

HAHA. Hui hui~ Naik moto pelok, naik kerete tak pelok tapi kalau dah kene selok dalam kereta, siapa nak tolong kau? Even moto tu kadang kala terpelok ke hape, yelaaa. At least, takde sampai nak menyelok atas motokan? Kereta, orang just nampak muka, badan sikit. Yang bawah bawah orang tak nampak cek kak oi. :D

***Ape pun, jom bace dulu kisah bawah ni... 

BF : hai sayanggg. :)

GF : eh! Ape sensayang neyy?

BF : kenape ni sayang? Siapa kat sebelah U neyy??

GF : owww. Kenalkan ini Anuar, my boyfriend. 

BF : sayang! Ape semua neyy? Habes I ni sape?? U jangan buat I macam ni sayang...lagipun dia tukan kawan baik bestfriend U, "Dian"

GF : die jage I dengan baik. Ape I nak semua dapat. Dengan U, I dapat ape? Ape pon takde. 

BF : sayang, hujan hujan I datang rumah U. Jaga U time sakit. U lapar, I belikan U makanan even I rasa tak sihat macam nak mati. U demam, I datang jaga U sampai U sihat. I takde duit, I lapar, U nak baju, I belikan U baju. I lapar pun takpe asalkan I dapat bagi ape U nak. I nak yang terbaik untuk U, I sanggup tahan lapar. 

GF : err. Sape suroh U buat cemtu? I tak suroh pun. Lagipun, I memang dah tak sayang U laaa. I sayang Anuar lebih dari U.

BF : Takpelah sayang. U pergilah kat die. Maybe die yang terbaik untuk U. I tak bencikan U sbb dalam hati I cuma ade U. Maybe bila U menyesal nanti I dah takde lagi dalam dunia ni. Mase tu U jangan nanges cari I tau. I dah cuba jadi yang terbaik utk U. Assalamualaikum.

GF : Okay. Mlekomsalam! 
**2MINGGU KEMUDIAN**
GF di kecewakan. GF keep calling BF tapi tak dapat. One day GF tanye pada kawan BF. 
Kawan BF : ermmm? Asal kau cari die?? Die dah meninggal dunia seminggu yang lalu. Die ade cakap pada aku yang die nak keluar beli cincin untuk kau. Die mintak aku temankan tapi aku sibuk hari tu jadi die pergi sorang. Walaupun die lepaskan kau tapi die nak kau tahu die sayangkan kau. Dia nak jumpa ibu bapa kau tapi tak sempat. Die terburu buru nak jumpa family kau. Dalam perjalanan tu laa, dia kemalangan. Tapi dia ada tinggalkan surat & ini cincin yang die belikan untuk kau.
Kawan BF pun menyerahkan surat & cincin kepada GF. 
#ISI KANDUNGAN SURAT#
** Sayang, I dah belikan cincin untuk meminang U. I mintak maaf sebab selama ni I tak bagitahu U yang I nak jumpa family U. I mintak maaf sebab lambat tp I nak U tahu yang I memang sayang U. I tak benci U pun sayang...

:'( Hmmm. Hargailah dia yang masih bersama kita. Cinta tak di ukur pada kekayaan mahupun rupa tapi pada keikhlasan hati seseorang. Tak semestinya dia tak kaya, dia tak mampu bahagiakan kita. Kesetiaan itu mampu buat cinta bahagia. 

XOXO-MissJackfruit. 

At last! Serabut okay serabut. Grrr!



Salam Manis Semanis Sugarrr! Yeayyy!! At last Cha dapat jugak on blog. Sob sob :') *terharu i uolsss. Lame gile Cha tak boleh bukak blog gara gara lappy rosak. Dijahanamkan oleh hamba Allah. Cha tak tahu macam mana boleh jadi cemtu.

Hari tu final exam, Cha memang study sambil main game. 1 hour study, 2 hour gaming then continue study then game macam tu laaa. Ntah macam mana, Cha off lappy. Bergerak ke final exam kat dewan besar tu kan? Then, balek rumah, dengan harapan nak online. Macam biase laaa. Nak cerita pengalaman jawap exam kononnya. Tengok tengok lappy tak boleh online. Jem! :'(

Ape semua ni. Aduuuu. Rase nak marah dah. Fikir balik ape Cha buat. Ke ade orang selongkar lappy Cha?! Wow!! Malaun mane yang berani buat macam tu haa?? Grrr! Urghhhh~ Sakitnya hati. Then, tetibe housemate cakap, "anak kau sakit" Erk! -_-'''''''''!!!!!!!

Macam mana kau boleh tahu anak aku sakit? Cha diam, terpikir... "die ni slongkar Lappy aku ke? Kepale hotak die laaa. Errrr" Dah tak pasal pasal die kene maki seranah sehari tu sbb Cha syak die laa yg telah menjahanamkan lappy Cha. 

In this case, my lappy was very very sensitif sejak akhir akhir ni coz network die tak tahu laa macam mane bole bersangkut paut dengan benda yang takde kaitan. Sampai membe nak pinjam lappy nak online pon, Cha bagi nasihat memacam, bukan ape... takut tak boleh nak connect network. 

See???!!!!! I have told you! Now dah jahanam. Sape nak bertanggungjawap? Kau? Kau? Kau??? Memang tak laaa. Aku jugak yang kena kelua duit aku, jahanam poket aku. -___-''''''

Errr? Anak tu anak sape?? Anak tu just virtual game jelaa. Ade game main jage jage anak dalam lappy Cha. Tu je. Cha mane ade anak. Kawin pon belom. Kuikui~ Ntah bile nak kawin. Mane ade orang nak kawin dengan Cha. Mulot pon macam puake. Haaa. Kan? Tahu daaa :D

Btw, memang Cha marah tapi fake smile. Bukan sebab Cha memang suka fake tapi fake tu nak tunjuk yang kita kena be matured. Tak payah laa nak serang serang. Kalau dia ade rasa bersalah, dia bertanggungjawap tapi kalau takde rase tanggungjawap tu just hope jangan sampai dah kawin nanti pun jadi perempuan yg tak tahu bertanggungjawap. 

Ade laki, ade anak pun sesepah macam tu je. Yelahhhh. Dah takde tanggungjawap. Memanglah merate ratekan. :P

Fhewww~ Ni pun dapat menaip blog gara gara my dad. TQ ayah! Bagi pinjam lappy. :') 

Dapat jugak Cha main game, online guna lappy ayah. Kalau tak, kayu jelah kat rumah sebab tak tahu nak buat ape. Nak mesej? Mane ade orang nak mesej Cha lagi dah. :'(  

Kenapa??? Erm... Ntah. Just memang takde orang nak mesej. Nak bual? Cha mane ade adik, abang or akak. Errr. Nak buat ape pun tak tahu laaa. Nak keluar? Cha punye kawan semua tak cuti. Ramai busy. Kalau ade pun, yang ajak keluar mesti lelaki. Errr. Takkan nak keluar dengan lelaki? Kang kite keluar nak have fun, orang lain fikir kita ni mianglah, gatal laaaa. Malas malas. 

BTW, maaf ye kengkawan lelaki. Bukan taknak keluar tapi ade sebablah aku tak bole nak keluar dgn uolsssss. Nanti orang kata aku ni melayan jantan pulak. :'( 

Tapi nak buat cemanekan? Aku kenalah akur. Hmmmmmmmmmmmmmmm..... *Mengeluh panjang.

Okay laaa uolssss. Nanti Cha update lagi tau. ^_^ wasalam

XOXO-MissJackfruit.