Penganjur saya;

Aku bukan penulis novel. Aku juga bukan penulis karya. Tetapi, aku adalah AKU! Semuanya aku coretkan mengikut hasil situasi.

Twit twit!

Album Instagram

Instagram

Subscribe

Bila dara jadi isu...




Dara? Penting sangat ke dara pada lelaki?? Ye. Bagi lelaki dara memang penting. Dara tu kadang kala jadi kes sensitif buat segelintir lelaki. Tapi sesetengah lelaki yang tahu tentang ketidak adaan dara pada seseorang perempuan, dia lagi suka. Kenapa? 

Sebab dia boleh jadikan perempuan tu makanan dia. Ish ish ish! Tak patut. Tak patut. :\

By the way, harini Cha nak share sikit pendapat je pada semua. Bukan nak berpihak pada sesiapa. Cuma nak majoriti lelaki & perempuan sama sama berfikir sejenak.

Zaman sekarang ni kalau nak cerita pasal perempuan jahil memang banyak, ramai sangat. Masa muda tak fikir panjang. Terlalu ikut perasaan sayang & cinta monyet. Tapi, tak semua perempuan serahkan suka suka hati. Ade certain yang dirogol, yang di paksa, yang terpaksa. Kita tak tahu. Wallahualam.

Tapi bila si perempuan pernah jahil, pernah berzina, terlanjur dengan mana mana lelaki, di rogol atau ape kemungkinan yang menyebabkan si perempuan kehilangan dara sebelum berkahwin, bila nak mendirikan rumah tangga, on first night, suami dapat tahu, memang kebanyakkannya akan marah. Mostly memang akan bergaduh. 

Lelaki akan mula keluarkan perkataan perkataan yang menyinggung hati & perasaan si isteri bagi menunjukkan kesalahan si isteri padahal si isteri telah pun bertaubat & ingin memulakan langkah baru. 

"Kau dah tak suci! Aku bukan lelaki pertama yang menyentuh kau!! Ntah dari bekas siapa aku kutip kau untuk dijadikan isteri!!!"

Wahai lelaki, wahai bakal suami & wahai suami sekalian, "dara" sahajakah yang menjadi matlamat didalam rumah tangga & perkahwinan kalian? "Dara" sahajakah yang menjadi santapan kamu untuk bahagia? Tubuh badan si isteri & "dara" sahajakah objektif perkahwinan kamu?

Lelaki, bakal suami & suami sekalian, sedar tak kalian, nikmat pertama perkahwinan itu bukan sekadar dara, tubuh badan & nafsu semata mata?

Nikmat pertama perkahwinan itu ketika si isteri menjaga kebajikan kalian sebagai suami. Menjaga kalian ketika sihat, sakit, makan, minum & pakaian dijaga. Teratur kehidupan...

Nikmat pertama perkahwinan juga isteri berikan apabila kalian di khabarkan akan mempunyai cahaya mata, isteri melahirkan anak, membesarkan anak bersama sama kalian.

Nikmat pertama perkahwinan juga apabila isteri meninggalkan keluarga kerana ingin hidup bersama kalian wahai si suami, tinggal sebumbung, makan semeja setiap hari, tidur sebantal & ketaatan seorang isteri kepada kamu menjadi nikmat perkahwinan.

Seorang isteri tak mungkin melakukan hal demikian dengan lelaki lain, tak akan dijaganya kebajikan lelaki yang bukan suaminya, takkan dijaga & dirawat pagi, petang, siang & malam bagi lelaki yang bukan suaminya, & tak ada orang lain yang dapat layanan seperti itu selain kamu wahai suami!

Bersyukurlah kerana isteri telah berkorban buat pertama kali dalam hidupnya demi seorang suami yang benar benar dia cintai kerana dapat menerima dirinya, menerima kekurangannya & sanggup menjalani kehidupan bersamanya.

Dan kepada perempuan, bersyukurlah sekiranya memiliki suami yang dapat menerima buruk baik dirimu. Bersyukur kerana memiliki suami yang bersyukur dengan kehadiranmu & redha dengan kekurangannmu. Taati perintah suami kerana bagaimanapun suami kamu, syurga seorang isteri tetap terletak di bawah telapak kaki seorang suami.

:) XOXO-MissJackfruit

2 comments:

  1. rasa sedih sebak yg teramat sgt baca blog nie :(

    ReplyDelete
  2. virgin xpenting pon.Kalo orang dah cinta..he can accept our past..my 2 cent

    ReplyDelete

Comment palace.