Penganjur saya;

Aku bukan penulis novel. Aku juga bukan penulis karya. Tetapi, aku adalah AKU! Semuanya aku coretkan mengikut hasil situasi.

Twit twit!

Album Instagram

Instagram

Subscribe

Duka Merdeka. Al-Fatihah pada yang berkenaan.



Hai readers. Dugaan demi dugaan tiba macam tak henti je sem ni. Baru je update pasal merdeka semalam, harini update lagi. Kalau semalam update kosong, harini aku update sejarah dalam hidup aku. Orang lain merdeka, happy happy. 


Ada yang pergi countdown, ade yang berdatim datim merata, senang cerita, semua orang ade aktiviti merdeka masing masing.


Tapi aku? :'(


Dalam keadaan yang tak sihat pada awalnya, cuma selsema. Pening kepala. Sokset sokset setiap masa. Tisu tak lari dari hidung ni haaa. Melekat saje. Lelap je mata, kepala jadi berat. Tapi Alhamdulillah masih boleh bangun, keluar makan, dan lain lain. 


Unfortunately, petang sebelum kejadian, aku dah rebah kat tilam, tak boleh bangun, rasa nak marah, semua ada. Aku try pejamkan mata tapi tak boleh.


Tak lama lepas tu, aku terima panggilan dari mama. "Cha, atok dah takde. Ma nak balik kampung ni. Cha tak payah balik laa ye. Tak sempat. Penang dengan Melaka bukan dekat. Esok atok dikebumikan. Cha jangan lupa jaga diri, tak nak makan ubat, beli coolfever dengan 100plus okay. Ma nak gerak lepas Maghrib. Ape ape nanti ma bagitahu"



31 OGOS 2013


Aku tergamam, yang jatuh kebumi cuma air mata. Teresak esak aku menahan. Aku nak balik tapi aku tahu, tak sempat. Dugaan! Sumpah dugaan. Aku nak balik tapi sebab jarak terlalu jauh, aku tak boleh balik melawat jenazah atok aku sendiri. 


Aku cuma bole menangis seharian. Menangis menangis dan terus menangis sampai aku tertidur semula. Bila aku celikkan mata, aku tak boleh bangun, kepala makin berat, makin sakit. Aku cuma boleh menangis sorang sorang. Terasa sunyi saat saat macam ni, ketara sangat. 


Berita menggemparkan datang dalam hidup aku, atok telahpun kembali menghadap Ilah pada 31 OGOS 2013. Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia. 


Pemergian atok memang bagi kesan pada aku walaupun orang lain pandang remeh. "Alaaa. Atok je pun" Tapi, dengan atok, dengan nenek laa yang kita lebih manja. Aku tak tahu laa kalau life orang lain tak happy ade atok atau nenek tapi aku ade atok, ade nenek yang manjakan aku.

Kalau ikotkan hati, aku nak jugak gerak balik Johor terus. Tapi dengan duit takde, demam teruk, aku nak ke stesen bas naik ape pun tak tahu. Aku dah takde ramai kawan macam dulu. Kawan yang boleh tolong aku pun Maria je. Itu pun balik kampung. Yelaa. Cuti, duduk rumah sewa bukan ade ape. Die pun ade keluarga nak kena jaga. 

Kalau aku ada duit, kalau aku ade kenderaan, aku sakit macam mana pun, aku tetap nak balik. Tapi dengan hujan lebat, kenderaan takde, ape pun tak boleh. Kawan kawan lelaki pun dah tak rapat dengan aku, segan batak aku nak mintak tolong. :'(

Hmmm. Dunia selalu buat aku rasa terdesak dengan hidup aku. Tapi dunia ni jugaklah yang banyak ajar aku banyak perkara yang aku tak tahu. 


Aku tak boleh terima pada awalnya. Aku tak boleh nak buat ape pun selain menangis. 


Ape pun, dalam blog ni, aku ucapkan takziah buat Badrul Amin yang turut kehilangan ayah pada tarikh yang sama. Aku akui, kehilangan ibu bapa lebih berat. Aku hope, Amin tabah mengharungi hidup. Aku doakan Amin akan sentiasa kuat dalam hidup yang banyak dugaan. Baru kehilangan kereta kesayangan, selang beberapa hari, kehilangan orang yang tersayang. 


Mr. Badrul Amin, be strong! 


Kawan kawan yang baca, mohon pinjamkan beberapa minit untuk sedekahkan Al-Fatihah buat atok saya, dan ayah Badrul Amin. 


Al-Fatihah. 


XOXO-MissJackfruit :'(