Penganjur saya;

Aku bukan penulis novel. Aku juga bukan penulis karya. Tetapi, aku adalah AKU! Semuanya aku coretkan mengikut hasil situasi.

Twit twit!

Album Instagram

Instagram

Subscribe

Ibu & Isteri. Tanpa Meraka, Anda Kehilangan.





   Bila suami balik rumah, si suami ni jadi hairan sangat sangat bila tengok halaman rumah berselerak, surat di peti pos takde siapa yang ambil, anak anak pulak tengah main korek korek tanah yang kotor di halaman rumah, baju mereka compang camping kotor penuh dengan tanah, rambut pun tak bersikat, tak mandi pulak tu. 

   Masuk ke pintu rumah, si suami terkejut, "Whoaaa! Mana isteri aku ni?" Ruang tamu lebih berselerak. Si suami pun terjerit jerit memanggil nama si isteri. Sepi. Tiada jawapan. Masuk pula ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk yang tak bercuci, periuk tak dibasuh, si suami membuka tudung saji di atas meja mencari sesuatu untuk dimakan tetapi malangnya tiada apa yang dimasak. 

   Si suami ke bilik air, baju tak berbasuh apatah lagi direndam. Si suami semakin cemas lantas mencari isterinya. Dia bergegas ke atas dan terus masuk ke kamar. Dilihat, isterinya sedang terbaring di atas katil sambil membaca buku. "Fuhhhhh.......Legaaa. Awak sakit ke?" Tanya si suami. "Tak lah". Jawab isterinya ringkas. "Kenapa teruk sangat rumah kita harini?" Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangannya di dahi isterinya kot kotlah isterinya demam. 

   "Abang, semalam semasa kita bertengkar, abang kata yang saya ni hanya suri rumah. Duduk di rumah tak sepenat diri abang yang kadang kala hampir seharian duduk di pejabat. Abang selalu tanya saya, apa yang saya buat di rumah sampai kadang kala saya merungut kepenatan."

Si suami mula berfikir. 

   "Kalau isteri aku takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup aku ni. Boleh buat ape je yang aku suka. Boleh melengkar depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizikal. Pendek kata, FREEDOM! No one shouting from the kitchen ask for help. No need to comment this & that. No one criticize. Everything will be smooth. Takde siapa nak marah aku"

   Tetapi pelik bin ajaib cucu kepada hairan, bila si isteri betul betul pergi, maksudnya bila isteri takde, si suami pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah syok.

   Tapi bila masuk hari ketiga, si suami berfikir lagi. "I felt something missing. Lebih lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'ashemmm'. Tak tau mana nak cari yang baru. Colgate pun dah nak habis, tak tahu kat mana stock up. Air suam habis pun terasa malas nak boil."

   Masuk hari keempat, rimdu mula terasa. Bila rindu dah muncul, mencengkam pulak, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV cerita best jadi tak best. Makan kat 5 Star pon rasa macam makan kat kedai biasa. Lebih lebih lagi bila laundry bucket dah semakin penuh. Bertimbun dengan baju kotor. Toilet dah mula berdaki, lantai dah berkerak, takde siapa nak mop. 

   Every night, very lonely. Semuanya jadi sunyi. Baring atas katil, tengok cieling, ada kipas berpusing. Bila dah lonely, barulah si suami terasa benar kesepian & kehilangan si isteri. Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu lagi isteri takde, si suami dah rasa separuh pengsan. Masa tu barulah si suami sedar betapa pentingnya seorang wanita yang bergelar isteri. 

   Kan dia tu isteri, sweetheart katenye. Ingat tak duit hantaran yang korang bagi pada isteri bila nikah dulu? Kepada yang belum nikah, duit hantaran yang korang akan bagi pada bakal isteri korang nanti, ingat cukup ke nak bayar gaji isteri seumur hidup? Ingat balik...

   Bila sama sama cari rezeki, harap harap biarlah bersama sama juga kemas rumah. Kadang kala bila suami sesak, takde duit dalam poket, isteri jugaklah orang yang paling dekat, dia jugak yang akan hulur hulur duit walaupun tak banyak pada korang. Kalau isteri tak kerja, mana dia nak dapat duit? Haaa. Duit belanja dapur yang suami bagi tu laa jugak yang dia hulur balik pada korang wahai suami. 

   Memang lelaki dah bayar duit hantaran, ade jugak yang pemurah, bagi isteri duit setiap bulan tapi fikir semula. Kalau isteri tu buat semua kerja minta bayaran, cukup ke nak bayar pengorbanan seorang isteri? Bukan setakat kemas rumah, memasak, jaga anak, melahirkan anak lagi, tak campur kasih sayang, kalau suami penat, sakit sakit badan, isteri jugak laaa yang melayan, tolong picitkan badan, urut sana sini. 

   Tak kesian ke tengok isteri? Kalau isteri tu jenis yang bekerja pulak, dah la kena kerja, balik nak buat kerja rumah pulak! Nak layan anak lagi, homework anak pun nak kena pantau, penat tau! Kalau lelaki diberi peluang untuk jadi seorang wanita, mungkin kalian tak rela. :')

   So, cerita kali ni bukan untuk suami isteri je, untuk anak dan ibu juga. Sayangilah wanita kerana tanpa ibu atau seorang isteri, anda akan kehilangan sesuatu yang berharga. 

   Biarlah wanita wanita seperti isteri & ibu kamu terus membebel, merengek atau mengilai seperti pontianak sekali pun. Seburuk buruk perangai wanita, sama ada isteri atau ibu kita, ia akan melekat di hati kita sehingga ke akhir hayat. 


# XOXO-MissJackfruit #