Penganjur saya;

Aku bukan penulis novel. Aku juga bukan penulis karya. Tetapi, aku adalah AKU! Semuanya aku coretkan mengikut hasil situasi.

Twit twit!

Album Instagram

Instagram

Subscribe

Kahwin muda




Lama sangat sangat dah rasanya tak update blog ni. Hmmm. Dah bersarang labah labah dah. Bersakarrr! 

Btw, harini, tercetus satu idea, ntah dari ceruk mana datangnya persoalan tentang perkahwinan. Perkahwinan ni satu perkara yang menarik. Bukan menarik je, malah bagi beribu manfaat. Selain terhindar dari dosa maksiat dan lain lain, kahwin ni satu perkara yang serius.

Tapi, ada banyak pandangan tentang perkahwinan. Ada yang kata, kalau takde duit, mana boleh kahwin. "Nak bagi anak bini makan, pakai ape?" Tapi menurut islam, nak kaya, kahwin. Mungkin bukan kaya dengan wang ringgit tapi perkahwinan dapat kayakan kita dengan kasih sayang, ikatan kekeluargaan, kebahagiaan, ketenangan dan lain lain. Jangan hanya dipandang pada harta kekayaan. Tak kemana pun. Rezeki sentiasa ada cuma kita yang perlu berdoa dan berusaha untuk mencari rezeki. :)

Tapi, rakyat moden, apa lagi yang dipandang kalau bukan harta? Nak kahwin sampai berpuluh ribuan ringgit nak kene spend. OMAKKAI! Mahal tu. Tinggi sangat nilai maruah dirinya sampai berpuluh ribu, berpuluh juta ye? ;)

Memanglah maruah tu tinggi nilainya tapi jangan diukur dengan wang ringgit. Ada sesetengah rakyat, bila wang hantaran murah, mula mengata. Kenapa? Sebab wang?? Alahai. Sedih. Memang patutlah anak teruna sekarang takut nak kahwin awal gara gara wang hantaran. Murah diperkata belakang. Mahal diperkata membeli dan sebagainya. 

Kenapa perlu fikirkan soal wang? Sedangkan pernikahan itu suatu perkara yang memberi keindahan?? Disebabkan ramai ibu bapa yang melarang anak mereka bernikah pada usia muda, kes kes penzinaan, anak diluar nikah, kes pemerkosaan, dan lain lain meningkat. Jadi kenapa ibu bapa masih memikirkan soal wang apabila nak melangsungkan pernikahan anak mereka? Sedangkan Islam itu tak mensulitkan umatnya. 

Fikiran negatif dan tanggapan orang lain yang sering menjadi punca anak muda kini lebih lewat bernikah berbanding zaman dahulu. Selain itu, ada jugak yang beranggapan usia 20 keatas masih muda. Memang muda tapi perlu diingatkan, umur lingkungan remaja ni laa nafsu remaja pon tinggi. Jangan dijadikan alasan bila nak bernikah, "awak tu muda lagi", "awak tu belajar pon ntah kemana", "awak mana ada duit nak jaga anak dara orang", "awak masak pon tak tahu", " awak tu pemalas, macam mana nak kahwin?"






Percayalah, bila dah bergelar suami atau isteri orang, pihak berkenaan kenalah sedar tanggungjawab masing masing. Ibu bapa pula bertanggungjawab untuk nasihatkan anak anak agar mereka tak lupa tanggungjawab dan peranan mereka selepas berkahwin. Jangan pula ibu bapa yang menjadi batu api untuk memisahkan mereka. 

Nak kata tentang takut nak bagi kawin awal sebab takut anak tak cukup makan? Duit lagi la ni isu diekan?? Rezeki itu datangnya dari Allah S.W.T. Kalau pernikahan itu berlaku kerana Allah, kerana nak menghindar dari berlakunya zina, atau pun apa apa sahaja sebab lain yang membawa kepada kebaikan, apa salahnya? Rezeki itu Allah yang turunkan, yang kurniakan kepada kita. Usaha dan tawakkal adalah kuncinya. :D

"TAK BOLEH KAHWIN SEKARANG, KAMU TAK HABIS BELAJAR LAGI!" 

Siapa kata tak boleh? Tak pernah rasa lagikan macam mana bahagianya bila kahwin, sambil belajar?? Ibu bapa tak tahu macam mana nikmatnya perkahwinan tu walaupun masih belajar. Kalau sekarang kita lihat banyak tersebar dalam media tentang pasangan yang dah bernikah, graduate bersama. :D

Ada yang isteri masih belajar, suami kerja, belajar tetap belajar, masih bahagia. Bila kita tak merasa situasi demikian jadi kita tak tahu keadaan asalnya. Simple. :)





Jadi, fikirkan kembali. :D 

XOXO-MissJackfruit