Penganjur saya;

Aku bukan penulis novel. Aku juga bukan penulis karya. Tetapi, aku adalah AKU! Semuanya aku coretkan mengikut hasil situasi.

Twit twit!

Album Instagram

Instagram

Subscribe

Utusan untuk bakal suami



Abang, sayang nak mintak kebenaran abang. Sayang nak bawak anak anak balik kampung. Abang tak payahlah hantar sayang sebab sayang boleh jaga diri & anak anak. Abang jaga diri abang & kereta abang tu baik baik ye. Cuma...ada perkara yang sayang nak luahkan pada abang. 

Kereta abang tu mahal, harga cecah RM100K kot. Sebab tu abang sayang kereta abang lebih dari sayang. Sampaikan abang tertido dalam kereta abang tu sejak abang beli 3bulan lalu hampir 3malam jugak laa. Abang sayang kereta abang lebih dari sayang & anak anak kitekan? Sayang tahu kenapa. Abang nak tahu kenapa?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari harga wang hantaran yang ayah letak masa kite kawin dulu. Cuba wang hantaran sayang lebih mahal dari kereta abang... :(

Tiap hari abang jaga, abang gosok kereta abang sampai berkilat. Sayang dgn anak anak nak dapat morning kiss dari abang pun dah susah dah sekarang. Sejak beli kereta tu jugaklah setiap bulan abang beli aksesori untuk kereta. 

Sayang nak dapat hadiah birthday setahun sekali pun susah. Kereta abang sebulan sekali abang servis. Abang kata kena jaga maintainance. Sayang nak pergi saloon sebulan sekali pun abang kedekut. Kereta abang bukan main lagi abang make up. Tapi kalau sayang make up, abang kata sayang tak sedar diri. 

Kereta abang tu abang bagi makan minyak mahal mahal. Cecah RM100 setin pun ada tapi sayang mengidam pizza ke ape ke, abang kata sayang mengada ngadalah. Membazirlah. Mahal laaa. :'(

Kalau calar kereta abang tu, bukan main lagi abang marah. Marah, menyesal bagi sayang sentuh, bawak or whatever! Dulu sayang jatuh moto, elok je abang gelakkan. Bukan nak tolong. Sedih sayang masa tu bang. 

Sayang ada tanya abang, "Abang, kenapa tido dalam kereta?" Abang kata, "takut kereta kene curi". Habis tu kalau sayang kene curi? Sayang pernah di curi, sekarang sayang kembali, abang biarkan sayang macam dulu. Abang memang suka sayang kene curi sebenarnyekan? 

Susah susah abang pertahankan, bila kene curi, abang marah orang yg curi sedangkan abang yg tak jaga sayang macam abang jaga kereta abang. :(

Biarlah sayang balik kampung ye bang. Sayang bawak anak anak sendiri. Taknaklah naik kereta abang tu. Nanti calar, kotor, berhabuk, kami yang abang salahkan. Kalau sayang yang calar, kotor, takpe jekan? :')

Abang jaga diri elok elok ye. Sarapan sayang dah sediakan. Sayang pergi tak lama. Dalam 2 3 bulan je. Cuma sayang ade pesanan untuk abang...

*Abang suruh kereta abang tu masakkan makanan kegemaran abang bile sayang takde.
*Abang suruh kereta abang tu basuhkan pakaian abang.
*Abang suruh kereta abang tu gosokkan baju kemeja abang sebelum pergi kerja.
*Abang suruh kereta abang tu mandikan abang.
*Abang suruh kereta abang tu kemaskan rumah.
*Abang suruh kereta abang tu urutkan badan abang bila abang letih.
*Abang suruh kereta abang tu temankan abang tidur. 

Sayang pergi dulu. Assalamualaikum. -Sayang-

#Mintak dijauhkan dari situasi begini. Ingatlah wahai lelaki, macam mana sayang pun pada sesuatu, jangan ketepikan isteri kamu. Sebosan mana pun pada isteri, die tetap isteri yang dah melengkapi kamu dari awal pernikahan sehingga ke akhir hayat kamu. In Shaa Allah. 

Semoga memberi kesedaran. :') 

XOXO-MissJackfruit

Kene kuat Shaaa



Hai peeps! Nak kata aku happy, tak. Sedih? Sikitlaa kot. Aku yakin, ramai yang tengah bercinta. Pada yg setia, baguslah. Pada yg curang, itu masalah. :')

Tapikan, kadang kadang, jujur cakap. Setia ni memang bosan just sometimes tu indah sebab takde masalah. Kalau ade masalah pun cuma sebab seorang tapi bayangkan kalau korang curang. Masalah tu bukan satu tapi jadi double! Betol tak? 

Tapi aku akui, bila setia, kau sakit hati, die taknak pujuk, then orang lain pulak datang tolong pujukkan. Memanglah cair. Ape pun, itu nak menguji kesetiaan orang kata. Haha. Dugaan dugaan.

Bila setia, time happy memang happy sangat. Sebab korang berdua jekan. Takde orang ketiga tapi jujur cakap laa. Based on my experiance, bila gaduh, dua dua taknak kalah. Itu sakit. Sekejap lagi, yang lelaki memang buat bodo. Yang perempuan mulalah tengok gambar lama, try check balik ade tak no EX yang paling die sayang. Hahah. 

Hmmm. Tapi, setia itu indah bila lelaki selalu mengalah bila perempuan taknak kalah. Perempuankan memang suka dipujuk. Tak heran pon kalau awek korang berubah hati. Perempuan ni lebih suka pada lelaki yg rajin nak melayan kerenah die. Memang sah laa die cari orang lain kalau korang taknak pujok die lagi. Hehe.

Tapi, aku mintak taklah pada sikap akukan. Tapi, aku terfikir satu perkara. Kalau betul laa nak curang, baik single je. Sebab single tak bagi masalah sangat. Even korang sosial macam mana pun, takde hati terluka. Hati korang pon tak sakit. :)

SINGLE. Bila kita kata pada single, ramai akan mengaku, single memang takde masalah macam kapel. Tak payah nak nangis pasal cinta. Even sunyi pon, kite tak sedih, hati tak pedih. Aku pernah single. Aku tahu macam mana syurganya single. Cuma aku akui, nampak kapel sweet sweet manja depan aku, wujudlah perasaan nak bercinta.

Ahhh! Syaitonirrojim semua tu!! So, jujur aku cakap, aku tak kuat kalau orang atau pasangan aku mintak aku pertahankan "mahligai cinta" sebab aku memang jenis givap. But, givap itu bukan menyerah kalah tapi aku tunggu waktu yang sesuai. Masa yang betul untuk kembali menerima. :')

Jadi, aku akan kuat bila aku sorang sorang. Aku akui, menangis berlinang airmata bila aku teringat kenangan. Tapi, kenangan tetap sejarah. Apa yg akan berlaku di masa hadapan, itu yang aku kene ready. 

Hmmmphhhh. :D Farisha, hope awak kuat. Awak setia, curang, couple atau single, semuanya ditangan awak. Awak kene kuat Sha.. :'D

XOXO-MissJackfruit :')

Game over heyy!

ALHAMDULILLAH. Syukur sangat sebab akhirnya dapat jugak pindah rumah baru. U know what? Before ni, aku duduk kat rumah lama aku, dahla sempit dengan seramai tidak. Okay. Tak kessah pon sempit tu. Yang aku kessah sekarang, macam mana laa bole duduk serumah tapi tak bertegur? Wattafak! 

Sebengangnya aku fiker macam macam masalah lately ni. Sejak dah mula sem baru ni, aku tension sangat. Dengan jadual pack. Dengan masalah yg semakin hari semakin bertambah. Tak cukop dengan itu, mana yg rapat dengan aku, dah tahu aku ada masalah, lagi nak tambah masalah. 

But! Aku tempuh jugak sekuat mungkin. Maybe aku kusot sangat. Dengan dituduh sebagai pencuri, dah kene tuduh, diejek pulak dengan budak budak nakal yg tak matang yg berani mengatakan kami ni perompak. Eh! Sabar jelaaa. 

Dahlah pentuduh, penkecoh pulak! Adalah tu mulot yg cerita kat rumah lain sampai tersebar satu flat. Eh! Kamon laaa. Jangan macam tu EX housemate. Aku tak tahu mulot siapa yg kecoh tapi siriusly, kalau takde yg bercerita, macam mana pulak boleh kecohkan? Oh! Atau aku tertuduh korang penkecoh? I'm sowwwi :(

Tapi, ape pun, aku dan kawan kawan berusaha cari rumah baru. Buat apa nak sakit hati fikir panjang. Tak bertegur, senyum pun tak. Dahla aku yg jemput die masuk rumah tu. Aku yg kene sujud kat kaki diorang? Ape tu? Peraturan ape plak tu? 

Nak dijadikan cerita, dahla tegur pun kadang kadang, dengan aku memang diorang okay tp dengan kawan kawan aku? Haaa. Diorang tak fikir. Dahlah masak tak jamu kami. Jamu sangat jiran lelaki. Kami yg serumah ni terbau je. Bukan hamak sangat nak rasa tapi at least, jagalah hati kami. 

Kami ni terperok je dalam bilik. Nak tengok TV sama sama pon jadi segan sebab takut jadi kambing hitam je kat ruang tamu tu. Nak makan ke masak ke, jauh skali laa. Takut ade yg buang pulak dalam tong sampah. Air yg baru buat, letak dalam peti sejuk, tak sampai sehari pon dah kene buang, apatah lagi kalau masak agaknye. Kan?

Ok. Enough cite pasal diorang. Banyak lagi actly tp malas laa nak cerite panjang. Masalah rumah, masalah aku yg sakit tak lama lalu, then, soal siapanya cinta, cewah! Err. But, now. ALHAMDULILLAH syukur. Syukur sangat, kami dapat rumah baru, dahla murah, selesa, makcik sebelah rumah pon friendly, tuan rumah pun baik hati, duduk pon bertiga je. Rasa tenang bila satu masalah dah setel.

But, now, timbul masalah lain pulak. Yang tu, biar aku je tahu. Memang serabut laa. Masalah yg datang tu, di tambah dengan perisa final projek yg perlu kami fikirkan. OHSEM! Seronok sangat. :')

Ape laaa. Betul kata ustazah aku, bercinta ni tak salah, tapi kalau bagi masalah, baik jangan teruskan. Okay. Aku taknak fikir pasal jodoh. Kadang kadang, buat tidur tak lena. Makan tak lalu. Eh! Malas laaa. Aku banyak lagi masalah. Kalau sekadar nak buat cinta tu hanya nampak buruk, tak payah keyy. Tak payah. 

So, petang ni, aku rehat. Lepak dengan senang hati. Luah perasaan sikit. Now, I'm out! Nanti aku cerita lagi. :)

XOXO-MissJackfruit